“Gara2 Cvai Motor Ysuku Nyaris Lesap,” Pemuda Ini Syukur Ada ‘Hamba Allah’ Sudi Simpankan Kunci

Di zaman sekarang ini bukan senang kita nak berjumpa dengan orang yang betul-betul jujur dan baik, tapi sesuatu tidak mustahil masih ramai lagi mempunyai sifat-sifat murni itu.

Seperti kisah seorang pemuda bernama Azib, menerusi Twitternya dengan nama akaun @theazibazfar, berkongsi pengalaman manis dibantu oleh seorang individu yang jujur.

Semoga Allah balas jasa baik kau

Ceritanya begini, pemuda tersebut yang merupakan pelajar di Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, secara tidak sengaja terlupa untuk mengambil kunci yang berada di motorsikal Ysuku miliknya.

Namun, dia menyedari ketiadaan kunci tersebut setelah selesai kuliah. Mujurlah, motorsikalnya masih ada, tetapi kunci tersebut tiada pada kenderaan itu.

Selepas memerhati di sekeliling motorsikal, barulah pemuda itu perasan sekeping kertas dijumpai terselit dibahagian raga motorsikal dengan nota ringkas.

Rupa-rupanya, ada individu yang kebetulan ternampak ada kunci pada motorsikal itu, telah membantu menyimpan di tempat yang lebih selamat.

Member asrama dulu…

Ternyata, selepas kisah itu mula tular barulah Azib mengetahui bahawa individu yang jujur itu adalah rakan laman satu asrama suatu ketika dahulu.

Mujurlah wujud lagi orang yang jujur, semoga lepas ini lebih berhati-hati sebab lepas ini tak tahulah dengan orang yang jenis macam pula yang kita akan jumpa.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

SUMBER: Azib Azfar Azman

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.