“Makin Aktif Dan Comel,” Ibu Ainul Mardhiah Dah Cuba2 Nak Bagi Anak Makan

Perkembangan kesihatan adik Ainul Mardhiah sememangnya menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia. Hal ini kerana, bayi kesayangan semua itu telah berjaya melalui fasa-fasa sukar dengan kuat dan akhirnya telah kembali pulih.

Kisah Ainul yang mengalami masalah ketumbuhan di mulut satu ketika dahulu membuatkan ramai orang berasa simpati dan satu demi satu pertolongan dihulur sehingga pembedahan membuang ketumbuhan di mulutnya berjaya.

Ainul nak mula makan?

Telah pun menginjak umur setahun pada beberapa minggu lepas, hari ini ibu kepada bayi comel tersebut sedang berkira-kira untuk memberi makanan awal untuk anaknya.

Menerusi Instagram Nurul Erwani, dia telah bertanyakan makanan yang sesuai untuk bayi yang menggunakan tiub perubatan untuk makan.

Suka bermain sekarang

Erwani juga sempat mencoretkan keletah anaknya itu yang terlalu menggemari permainannya sehingga sewaktu tidur pun masih memegang objek tersebut.

Ramai yang kongsi pengalaman

Sehubungan dengan muat naik yang dibuat Erwani, ramai orang awam yang sama-sama berkongsi pengalaman dan cadangan mengenai pertanyaan mama Ainul. Mereka turut mendoakan agar Ainul Mardhiah terus sihat dan kuat agar kembali sihat sepenuhnya.

Suka tengok Ainul dah sihat

Alhamdulilah makin sihat

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : @_nrlerwani

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.