“Saya pergi sebab pizza sana sedap” Foto Emma Maembong Makan Pizza, Netizen Kata Bukan Di Sungai Buloh Tapi Di Kelab Malam

PERKONGSIAN pelakon Emma Maembong yang memuat naik foto sedang menikmati pizza di sebuah restoran mendapat perhatian netizen.

Pada foto tersebut, Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail memaut lokasi sebuah restoran di Sungai Buloh, Selangor, namun menjadi persoalan apabila ada netizen mendakwa gambar tersebut berlokasi di sebuah kelab malam popular.

Segelintir netizen meninggalkan komen meminta penjelasan pelakon filem Kimchi Untuk Awak itu yang mendakwa kononnya dia menipu lokasi pada gambar tersebut.

 

View this post on Instagram

 

yummy 😋 #emanizers #emmamaembong @emanizers

A post shared by EmmaMaembong (@emma_maembongofficial) on

“Ini bukan dekat Sungai Buloh ini di jalan Tun Razak la sis.

Beberapa netizen memerli Emma berhubung lokasi yang diletakkan di laman Instagramnya.

“Siapa cakap ni dekat Trec? Bukan la. Emma mana pergi Trec.

“Dekat Sungai Buloh ke ni? Saya tinggal kat sini, tak pernah jumpa pun,” soal beberapa netizen.

Tidak mahu peminat terus berteka-teki, Emma yang membalas komen tersebut mengakui dia berada di kelab malam itu hanya untuk menikmati pizza tersebut.

“Memang ni dekat Trec tapi saya share lokasi saya sekarang. Saya pergi la, pizza sana sedap, why?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber :Instagram @emma_maembongofficial

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.