Pejam celik sekarang ini Eshaal yang merupakan anak kepada pasangan selebriti popular, Akim Ahmad dan Stacy Anam sudah pun menginjak usia 2 tahun, makin banyak gelagat dan kerenah yang dilakukannya.
Seperti baru-baru ini, menerusi muat naik di akaun Eshaal dan kakaknya Bella, yang dikelolakan oleh ibu bapa mereka, memaparkan aksi comel Eshaal yang sedang bermain dengan anak kucing
Kesian anak kucing ni takde mommy
Yang menjadi perhatian netizen adalah, gelagat Eshaal yang ketika itu sedang seronok bermain kunci tiba-tiba menjadi sebak, apabila Stacy berkata bahawa anak kucing itu sudah kehilangan ibu.
Setiap kali mendengar bahawa anak kucing tiada ibu, secara automatik Eshaal akan berasa sebak sehingga dia mengalirkan air mata kerana kesiankan haiwan comel tersebut.
Sekejap gelak, lepas tu nangis
Gelagat Eshaal yang sangat sensitif itu mencuri tumpuan netizen, rata-ratanya memuji kecomelannya dan mimik muka sedih yang dibuatnya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : Instagram @beyshal
PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.