“Hormati Status Elfira Sebagai Isteri, Bakal Menjadi Ibu” Sufian Suhaimi

Meskipun sudah setahun berlalu, namun masih ada segelintir netizen mengaitkan Sufian Suhaimi dengan bekas tunangnya. Baru-baru ini, Sufian membidas komen salah seorang peminat ‘veteran’ yang dianggap keterlalun.

Mengulas mengenai isu itu, Sufian berkata kisah lalunya tidak sepatutnya diungkit dan tidak manis untuk diperkatakan. Sufian turut meminta netizen menghormati status bekas tunangnya yang kini bergelar isteri dan bakal ibu.

“Pada saya perkara seperti itu tidak sepatutnya diungkit. Lagipun apa yang berlaku antara kami sudah lama sangat.

“Rasanya seperti dia pula yang tidak boleh menerima kenyataan dan ketentuan Allah. Perkara seperti itu sangat tidak manis. Hormatilah Elfira dan statusnya sebagai isteri dan bakal menjadi ibu,” katanya.

Sufian berkata, dia tahu komen itu dengan tujuan mahu menimbulkan perasaan bersalah kepada bekas tunangnya. Malah, Sufian turut meminta netizen bayangkan bagaimana jika perkara tersebut terjadi pada keluarga mereka.

“Cuma satu perkara yang saya ingin tegaskan kepada mereka yang suka mengungkit perkara lama dan memberikan komen yang berbaur negatif. Bayangkan orang lain melakukan perkara sama kepada anak perempuan anda. Apa perasaan anda,” katanya.