“Kalau Tak Ada Jodoh Sekalipun Tak Mengapa” Bella Astillah

Hampir empat bulan melalui fasa percerraian dan menggalas tanggungjawab sebagai ibu tunggal, rezeki Bella Astillah semakin mencurah-curah. Drama lakonannya kini sedang hangat ditayangkan, Bella berkata itu adalah rezei buat anaknya.

Sejak bergelar janda, Bella mengakui ramai yang cuba mendekatinya namun belum terfikir mencari pengganti sehingga dia pernah berkata tidak mengapa jika tidak bertemu jodoh suatu hari nanti.

“Memang ada pihak yang cuba nak mengenali. Ada yang e-mel dan menghantar Direct Message di Instagram, tetapi saya abaikan sahaja.

“Bukan apa, saya ini seorang yang susah nak bercinta. Barangkali sebab saya ini jenis yang lebih kepada insan yang utamakan keluarga. Sampaikan saya pernah kata, kalau selepas ini saya tidak ada jodoh sekalipun, tidak mengapa,” katanya.

Bercerrai di usia muda, Bella berkata dia tidak rasa kesal dengan aturan hidup yang ditentukan meskipun ada yang melihatnya sebagai satu kegagalan dalam berumah tangga.

“Mana ada wanita yang kahwin untuk bercerai. Apapun, apabila sudah tidak ada jodoh, saya tidak boleh mengeluh,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.