Permaisuri Ag0ng Turun Kereta Bantu Pengiring Cedera Kemlangan

Keperibadian yang sangat dekat di hati rakyat sememangnya tidak dapat disangkal lagi dalam diri Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Mesra dan sangat ramah dengan sesiapa sahaja yang bertemu dengannya menyebabkan baginda disenangi serta disayangi para rakyat jelata.

Pengiring baginda kemalangan

Petang tadi, baginda telah berada di Terengganu atas urusan rasmi dan kenderaan yang dinaiki telah diiringi oleh pengawai pengiring. Perkara tersebut bukanlah sesuatu yang asing kerana ia termaktub dalam protokol diraja.

Namun begitu, tanpa dijangka, salah seorang pengiring baginda yang menaiki motosikal telah mengalami kemalangan dan terjatuh ke dalam longkang di tepi jalan.

Tunku nampak risau

Bimbang dengan kondisi petugas tersebut, baginda telah mencemar duli turun melihat  keadaan mangsa yang mengalami kecederaan di bahagian badan.

Menerusi foto yang diambil, jelas di wajah baginda kerisauan apabila melihat pengiring kenderaannya dalam kesakitan akibat kemalangan tersebut.

Raja berjiwa rakyat

Foto yang dikongsi oleh seorang pengguna media sosial di laman Facebook Info Kemalangan dan Bencana ini telah mendapat perhatian warganet. Mereka telah meninggalkan komen memuji tindakan baginda serta medoakan agar mangsa kemalangan segera sembuh.

Semoga segera sembuh

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Info Kemalangan dan BencanaRose Mawar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.