“Rasa Beruntung Sangat Dapat Jaga Mama Masa Mama Sakiit” Nur Risteena

Pelakon yang kecil molek Nur Risteena dikhabarkan mengalami kemalangan bersama ibu bapa beliau ketika pulang dari menyambut ulangtahun kelahiran bapanya. Beliau dikatakan tidak mengalami kecederaan teruk cuma beliau sedikit travma untuk memandu, Manakala ibunya mengalami patah pergelangan tangan.

 

View this post on Instagram

 

Terima kasih kepada semua saudara mara, kawan2, followers, wartawan, yang tak henti2 call, message, comment bertanya tentang keadaan saya dan keluarga. Saya minta maaf tak dapat balas satu persatu. Tapi saya baca setiap satu comment yang saya terima dan juga whatsapp dan DM. Alhamdulillah keadaan semua okay cuma saya terkilan bila pergelangan mama saya patah dan akan menjalani operation dalam masa terdekat Keadaan ayah dan adik yang terhantuk kuat juga merisaukan saya, tapi Alhamdulillah takde yang serious Keadaan saya Alhamdulillah okay. Cuma sedikit lebam kesan hentakan yang kuat dan masih dlm trauma untuk drive buat masa sekarang Kejadian berlaku akibat kereta yang tiba2 datang dari arah depan kereta saya dengan secara melintang. Tak sempat langsung nak brek sbb dari jarak yang dah terlalu dekat. Terpaksa berlanggar. Hentakan terlalu kuat. Hanya mampu minimum kan perlanggaran. Walaupun kepala dah atas dashboard. Alhamdulillah berjaya mengawal stereng daripada masuk ke jalan sebelah yang melawan arus. Sehingga kereta diseret ke jalan sebelah kiri dan terhenti sendiri. Lepas kereta berhenti, saya make sure semua family saya turun dari kereta dlu dan duduk di tempat selamat. Masa tu rasa diri kuat bila tengok semua masih dalam keadaan sedar dan mampu berjalan sendiri. Lepas tu baru sedar tangan mama patah. Perasaan masa tu Allah je yang tahu. Tapi satu2 nya pilihan masa tu hanya utk jadi kuat. Takde pilihan lain. You never know how strong you are until being strong is the only choice you have. Satu pengalaman yang tak mungkin saya lupakan dalam hidup saya. Namun saya bersyukur pada Allah swt masih memelihara kami walaupun mengalami kemalangan yang agak teruk. Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan, memberi moral support. Allah je dapat balas jasa semua. Hati-hati di jalan raya ❤️

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

Terbaru beliau telah berkongsi satu video menunjukkan keadaan ibunya yang baru selesai menjalani pembedahan. Video yang dikongsi mendapat pelbagai respon dari netizen. Rata-rata mendoakan kesembuhan ibunya.

“Mama, baby doakan Mama cepat sembuh, panjang umur, diberi kesihatan yang baik, hilang segala kesakitan, dijauhkan dari perkara yang tidak diingini, dijauhkan dari sifat dengki manusia, dirahmati Allah swt, tabah hadapi ujian Allah dan dipermudahkan segala urusan.

Rasa beruntung sangat dapat jaga Mama masa Mama sakit ni. Dapat peluang jaga Mama, sepertimana Mama jaga baby masa kecik.

Kami semua sayang Mama. Jom kita balik rumah cepat kay? Banyak plan for food hunting and jalan-jalan and vacation. Yeay!

We are one big happy family. Nothing can change that! Semoga Allah swt sentiasa melindungi Mama & Abah.

Sayang Mama & Abah dunia akhirat. I love you both so much! ❤️ ~Your favourite daughter😛”

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

Mama, baby doakan Mama cepat sembuh, panjang umur, diberi kesihatan yang baik, hilang segala kesakitan, dijauhkan dari perkara yang tidak diingini, dijauhkan dari sifat dengki manusia, dirahmati Allah swt, tabah hadapi ujian Allah dan dipermudahkan segala urusan. Rasa beruntung sangat dapat jaga Mama masa Mama sakit ni. Dapat peluang jaga Mama, sepertimana Mama jaga baby masa kecik. Kami semua sayang Mama. Jom kita balik rumah cepat kay? Banyak plan for food hunting and jalan-jalan and vacation. Yeay! We are one big happy family. Nothing can change that! Semoga Allah swt sentiasa melindungi Mama & Abah. Sayang Mama & Abah dunia akhirat. I love you both so much! ❤️ ~Your favourite daughter😛

A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on

(TEKS BY STAFF KL PRESS)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @nur_risteena

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.