“Saya Bukan Miskin”Ini Penjelasan USTAZ Tular Tidur Tepi Jalan Melancong Dengan Anak Dan isteri

Kelmarin heboh di media sosial apabila seorang pengguna lelaki berkongsikan pengalaman mengembaranya di luar Negara bersama keluarga tersayang.

Lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Zakuan Faiz berkongsikan pengembaraan ekstrim yang mana mereka sekeluarga hanya tidur di kaki lima dan tidak menyewa hotel untuk menjimatkan kos.

TAK DA DUIT JANGAN GATAL NAK MELANCONG

Justeru itu, ramai netizen yang berpandangan bahawa tindakan lelaki berkenaan seolah-olah menganiaya bayi kecil yang dibawa serta isterinya sendiri. Ada yang menegur lebih baik melancong dalam Negara sahaja sekiranya tidak mempunyai duit yang cukup untuk mengembara.

TAMPIL BERI PENJELASAN

Terbaru, Zakuan tampil memberi penjelasan sebenar di facebook miliknya setelah ramai yang salah faham maksud perkongsian asalnya itu. Dek kerana ramai mulut mengatakan dia miskin tetapi tetap nak melancong.

NETIZEN SALAH FAHAM

Ada salah faham sikit kot post Tu sebab yang sebar pun guna tajuk yang buat orang salah faham.

Flight kami dari Poland masa tu tengah malam, sampai di Milan pagi2 buta. Saya tanya isteri macam mana, dia cakap tidur kejap kat airport Sementara tunggu bas pagi, baru carik hotel. Kalau sekarang ambik hotel, bazir je. Saya tanya ok ke, dia cakap dia ok, nak rasa jugak macam mana tidur kat luar, nak ambik experience baru.

So dia tidur dengan anak kat airport, saya tak tidur jaga barang2. Lagipun ramai lagi orang putih dan traveler lain tidur kat airport tu tunggu bas pagi.

Pastu polis datang dan suruh semua yang tidur kat airport Tu bangun. Katanya tak boleh baring, boleh duduk je. So kami akur je. Then tak lama lepas tu isteri saya cakap sakit pinggang kalau duduk lama-lama, jom lah carik tempat baring. Masa tu lagi beberapa jam je nak Subuh. So kami pun tunggu subuh dan solat kat airport .

Lepas subuh ada bas dah. Kami naik bas jalan2 kat taman Citta Alta tu sebab orang kata situ cantik. Awal pagi sunyi sepi takda orang. Kalau ambik hotel pun kena check in tengahari.

So lepas jalan2 ambik gambar semua, isteri sy nak tidur kat kerusi taman tu, sebab tak ada orang awal pagi kat situ , sementara nak tunggu tengahari sikit untuk check in hotel. Jadi saya pun mintak giliran tidur dulu kejap sebab tak tidur langsung sejak semalam.

Lepas sejam camtu, saya bangun, saya suruh isteri pulak tidur dan saya jaga anak dan barang2. Dekat2 tengahari kami gerak naik bas carik hotel. Kalau kami check in hotel lepas subuh, kena bayar full, pastu check out tengahari, bazir lah. So sekali tu kami jimat dan isteri pulak excited nak rasa experience baru.

MENGEMBARA 50 NEGARA

Pasal anak, kami dah sediakan semua kelengkapan, saya dah travel dekat 50 negara dah. Jadi adalah sikit-sikit pengalaman, mula2 pergi sorang, pastu isteri cabar diri nak ikut, pastu sekarang nak rasa experience baru bawak baby pulak.

Alhamdulillah dah sampai 22 negara dengan baby ni, sikit pun tak meragam, sihat walafiat sebab kami memang jaga dia gila2. Tidur pun gilir2. Sentiasa dengan selimut tebal dan lain2 keperluan. Baby ok je selesa.

Kat hotel, breakfast included. Buffet. So kami pun makan breakfast tu, dan ada lebihan makanan tak habis atas meja kami, ada extra nuttela paket kecil dalam 3 paket camtu, so daripada diorang buang, saya bawak je lah. Orang hotel pun ok je saya tanya. So takde lah mencuri. Nuttela tu kami guna buat makan tengahari dengan roti.

ADA JE DUIT CUMA NAK MERASA

Kami ada je duit, kad kredit pun ada, tapi isteri saya nak rasa experience macam tu, dan musim pulak musim panas, jadi tak sejuk pun. Saya tak cerita lagi kami merentas Balkan jalan gunung ganang ikut jalan darat. Memang kami yang nak experience.

Sebab sebelum ni dah selalu sangat travel guna pakej, orang urus, selesa dll. So kali ni kami pilih nak ekstrim sikit, untuk pengalaman semata-mata. Bukan sebab miskin kalau miskin tak sampai lah ke 40 negara lebih. Semua ok je alhamdulillah. Dah pergi lebih 20 negara dah dengan baby trip Kali ni , Allah pelihara, baby sihat, isteri sihat.

Cuma sekali je terkandas kat Airport London 12 jam sebab ada berlaku salah faham dengan tempat sewa kereta dan hotel, nak baring tak boleh kat airport Tu, Boleh duduk je. so isteri saya sakit pinggang. Sekali tu je dia cakap sakit. Waktu lain kami ambik hotel, apartment, airbnb dll kemudahan. Cuma benda yang jadi ni sebab waktu flight tengah malam je.

Ni baru edit sebab terlupa nak explain pasal 4 hari tu hahaha. Actually memang ambik hotel 1 hari je. Pastu kami ambik airbnb sebab lebih murah, lupa nak cerita. Yang redah hujan pulak, biasalah semua orang redah hujan. Masa tu pulak kami kat jalanraya, tak ada bangunan kiri kanan. So terpaksa redah sampai ke stesen bas baru ada jumpa bumbung.

Sebelum ini, posting Zakuan menjadi tular gara-gara netizen beranggapan dia miskin dan tidak layak untuk melancong dengan cara sedemikian rupa. Malah dia turut menganiaya anak dan isteri dengan tidak memberi kelengkapan secukupnya sewaktu melancong.

Diharapkan dengan penjelasan terbaru Zakuan ini sedikit sebanyak menjawab persoalan dari netizen kita dan jangan cepat menghukum sekiranya tidak mengetahui perkara sebenar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Facebook Zakuan Faiz

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.