“Wanita Zaman Sekarang Memang Suka Kita Punya” Laudya Cinthia Bella

PELAKON Laudya Cynthia Bella menegaskan dia tidak mahu lagi memuat naik foto bersama suami, Engku Emran di laman sosial.

Menurut laporan, Laudya berkata dia terpaksa berbuat demikian kerana bimbang jika suaminya itu menjadi sasaran wanita per4mpas.

“Insya-Allah ini muat naik terakhir! sama suami. Soalnya wanita-wanita zaman sekarang, mereka suka mahu sama yang kita punya.

“Kalau memang nak, mintanya dekat Allah ya mbak, tante, de (kakak, makcik, adik),” katanya menerusi Instastory.

Perkongsian Laudya di Instasory miliknya pada Jumaat.

Menerusi laman tersebut, Laudya memuat naik foto bersama Engku Emran bertarikh 8 Julai 2018. Bagaimanapun, dia tidak menyatakan secara khusus mengenai bentuk gangguan yang diterima oleh suaminya itu.

Laudya dan Engku Emran bernikah pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur, Malaysia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.