“Dapat ‘Degree’ Pada Usia 87 Tahun,” Netizen Kagum Dengan Kejayaan At0k

Sudah hampir masuk ke penghujung tahun, sudah tentu universiti-universiti tempatan kini sibuk dengan majlis konvokesyen untuk para mahasiswa yang bakal bergraduat. Segala penat lelah dan kepayahan sewaktu belajar pastinya terbayar saat menerima scroll diatas pentas graduasi.

Semalam, seorang atuk telah menerima ijazah sarjana pengkhususan Tesl, pada usianya 87 tahun! Berita gembira ini, telah dikongsikan sendiri oleh cucunya Eika Zulaikha di laman Twitter miliknya.

Tak nak datang konvo…

Menerusi posting yang dimuat naik oleh Eika, dia mengatakan bahawa atuknya tidak mahu menghadiri majlis graduasinya sendiri. Namun setalah dipujuk oleh ahli keluarganya, dia terpaksa merelakan diri untuk datang dan meraikan hasil titik peluhnya.

Atuk bukan kesah pun!

Jelas Eika lagi, atoknya itu tidak kisah langsung dengan tahap pendidikan dan konvokesyen. Atoknya itu hanya suka belajar dan meneruskan pembelajaraannya hanya kerana minat yang mendalam.

Jadi inspirasi buat semua…

Perkongsian Eika mengenai atoknya itu telah mendapat perhatian warna netizen dilaman Twitter. Kebanyakkannya menjadikan atuk Eika sebagai satu inspirasi, agar tidak mudah berputus asa untuk meneruskan pelajaran walau sudah lanjut usia.

Ini semangat yang kita mahukan!

Orang asyik kutuk sebab sambung belajar…

Mesti banyak pengalaman, ilmu dan nasihat

Sangat memberi inspirasi…

Dihujani dengan ucapan tahniah juga…

Usia bukanlah satu penghalang untuk mereka diluar sana untuk mencapai impian masing-masing. Tidak perlu dengar kata orang, paling penting hanyalah sokongan daripada keluarga dan insan yang tersayang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Eika Zulaikha.

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.