“Kami Menang Bukan Sebab G0sip Cinta” Khai Dan Nana

PUTRAJAYA: Pasangan duet yang juga pemenang Penyanyi Lelaki Popular DuitNow dan Penyanyi Wanita Popular DuitNow, Khai Bahar serta Siti Nordiana atau Nana tidak menganggap, gosip cinta menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan mereka.

Khai berkata, mereka percaya peminat menyokong dengan ikhlas, berdasarkan produk seni yang mereka pertaruhkan selama ini.

“Saya percaya, sokongan yang diberikan peminat adalah ikhlas berdasarkan hasil kerja seni kami. Ia tiada kaitan dengan gosip cinta yang diperkatakan ramai.

“Bagaimanapun, jika itu turut menjadi faktor, kami tidak kisah dan bersikap terbuka. Namun, secara peribadi, saya dan Nana masing-masing mempunyai penyokong yang kuat. Mereka berusaha keras mengundi kami,” katanya.

Penyanyi Lelaki Popular DuitNow, Khai Bahar

Nana menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah sempena dua dekad dia berada dalam industri.

Sementara itu, Nana menyifatkan kemenangannya sebagai hadiah sempena dua dekad dia berada dalam industri.

“Ini adalah hadiah paling manis buat saya sepanjang dua dekad dalam bidang seni. Semuanya kerana sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan peminat,” katanya.

Mengulas kemenangannya sebagai Pengacara TV Popular, Nana berkata, dia menjadikan kejayaan itu sebagai pembakar semangat untuk menjadi pengacara lebih baik.

“Saya semakin meminati kerjaya pengacara selepas mengendalikan program Gema Gegar Vaganza. Selepas itu, saya ada juga menerima pelawaan lain, di samping mengasah lagi kekuatan menerusi saluran TV YouTube sendiri,” katanya.

Nana berkata, jika diberi pilihan, dia memilih untuk mengendalikan program santai dan ringan.

“Buat masa ini, saya harus mendapatkan pengalaman dahulu. Saya tidak berani buat program berat lagi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : BH

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.