“Kerja Keras Fakt0r Kemenangan, Bukan K0ntroversi” Mira Filzah

PUTRAJAYA: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah tidak menganggap kontroversi sebagai faktor yang membawa kepada kemenangannya.

Mira sebaliknya, percaya peminat bersikap rasional dan lebih melihat kepada hasil kerja dalam membuat undian

“Mira tidak rasa kontroversi menjadi faktor utama kemenangan pada malam ini. Kalau ada pun kontroversi, produk yang Mira berikan lebih menyerlah dan mengaburi cerita sensasi yang ada.

“Kebetulan ketika proses undian, drama Sweet Dreams disiarkan, jadi ia memberi impak terhadap populariti Mira,” katanya.

Sebelum ini, pelakon Sangkar itu sering terkait dengan cerita panas berkaitan gosip cinta bersama Zizan Razak, selain Remy Ishak.

Penampilannya juga pernah menjadi bahan kecaman netizen yang dikatakan tidak sesuai dengan imejnya sebagai wanita berhijab.

Diusik pertanyaan apakah selepas ini nilainya akan menjadi mahal, Mira pantas menyangkal.

“Bagi Mira, kualiti perlu sering dengan populariti. Harga bukan segala-galanya. Mira masih sama,” katanya yang turut memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular Alha Alfa, Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi TV Popular bersama Remy Ishak.

Penyanyi, Aishah (kanan) menyampaikan Anugerah Bintang Paling Popular kepada Mira Filzah.

Mira percaya peminat bersikap rasional dan lebih melihat kepada hasil kerja dalam membuat undian.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : BH

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.