“Nak Tahu Siapa Dia Sebelum Cerita Nur” Netizen ‘Excited’ Bila Pengarah Rancang Nak Buat Drama Khas Pasal Ustaz Hamadi

Semenjak drama bersiri Nur 2 melabuhkan tirai, ramai yang meminta agar musim ketiga diterbitkan semula. Jika diimbas semula, selain Nur dan Ustaz Adam, watak Ustaz Hamadi memang betul-betul memberikan impak kepada penonton.

Kekejaman, humor, dan sikap takbur dia itu juga penyumbang utama drama tersebut. Bagi yang mengikuti perjalanan cerita tersebut, Ustaz Hamadi akhirnya mati ditikam oleh Aisyah. Habis tu, kalau Ustaz Hamadi dah tak de, Nur 3 nanti macam mana?

Drama bersiri Hamadi, spin off daripada watak Ustaz Hamadi dalam Nur 2

Memandangkan watak yang dilakonkan oleh Azhan Rani ‘ditamatkan’ serta merta dalam drama Nur, pengarah Shahrulezad Mohameddin mula terlintas nak terbitkan satu lagi drama baru yang khas buat Ustaz Hamadi.

Ketika ideanya untuk melebarkan lagi sekuel kisah tersebut, Shahrulezad ada kongsikan di Instagram dan bertanyakan pendapat tersebut kepada netizen.

Disebabkan itu, ramai netizen yang jadi excited dan menyokong dengan idea tersebut. Rata-rata daripada mereka mengharapkan drama pasal Ustaz Hamadi ni berjalan lancar.

“What say u gaiz? Onz ker tak onz? Kalau onz agak agak back story apa yg sesuai utk abam garapkan yg boleh kita focuskan saja pada watak Hamadi dan Aishah. Mungkin sejarah mereka berdua berkenalan. Mungkin cerita kenapa Ustaz Hamadi boleh berperangai segila itu. Kalau korang ada idea nak share dengan abam korang boleh DM abam. Mana tahu menarik boleh gak abam usulkan pada pihak stesyen khennn… *Tetiba jer abam kau ni kan… Hehehe”

Mereka nak tahu latar belakang hidup ustaz Hamadi dan perjalanan hidup yang mendorongnya jadi watak antagonis dalam drama Nur.

Barisan artis pun sokong tau!

Nak tahu siapa Hamadi dalam cerita Nur – Hamadi

Nampak tak sambutan hangat dia. Marah-marah orang kat Ustaz Hamadi tu orang masih minat dia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.