“Saya Tak Kisah Nak Naik Berapa Kilo Asalkan Penampilan Sesuai” Kurus Macam Dulu, Sufian Suhaimi Belum Putus Asa

SETELAH bertahun-tahun memasang niat untuk menaikkan berat badan, penyanyi Sufian Suhaimi nampaknya masih gagal menyempurnakan angan-angannya itu.

Ujar Sufian, untuk mendapatkan bentuk tubuh yang diimpikannya itu bukan perkara mudah kerana perlu lebih teliti soal pemilihan makanan selain sering gagal menjaga waktu makan.

“Sebenarnya plan untuk naikkan berat badan tu dah ada bertahun-tahun… tapi tak berjaya nak buat.

“Mungkin sebab saya uruskan kehidupan seharian sendiri… jadi nak jaga makan setiap hari tu susah. Selama ni pun saya selalu je terlepas breakfast atau lunch.

Sufian Suhaimi sudah lama menyimpan hasrat untuk berbadan sasa.

“Saya tak kisah nak naik berapa kilo sekalipun asalkan penampilan itu sesuai dengan saya,” katanya kepada mStar.

Dalam perkembangan lain Sufian memberitahu, dia tidak mahu terburu-buru mencuba kerjaya dalam bidang lakonan ketika ini kerana lebih selesa untuk menyanyi.

Bagaimanapun kata Sufian dia sedia mempertimbangkan tawaran lakonan sekiranya memiliki kelapangan waktu selain watak yang menarik.

“Sebenarnya saya dah berlakon dua kali. Satu telemovie Bayang dengan Elisya Sandha, satu lagi drama untuk Aku Tak Raya. Selepas ini InsyaAllah, ada beberapa drama, filem dan telemovie.

Sebenarnya plan untuk naikkan berat badan tu dah ada bertahun-tahun… tapi tak berjaya nak buat.

SUFIAN SUHAIMI

Penyanyi

“Tapi saya tak mahu terburu-buru sebab saya sebenarnya lebih selesa dalam bidang nyanyian. Muzik adalah minat saya sejak daripada zaman sekolah lagi tetapi lakonan juga bukanlah sesuatu yang asing buat kerana saya merupakan pelakon teater semasa belajar sebelum ini.

“Kalau berlakon ini tengok keadaan… apabila berkelapangan atau ada tawaran menarik yang sesuai mungkin saya akan buat,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.