“Weh.. Baju Dia Sebijik Macam Cadar Housemate Aku” Fesyen Azar Azmi Di ABPBH32 Dikatakan Sama Macam Cadar Katil Oleh Netizen

Kemeriahan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 32) malam tadi diserikan lagi dengan kemunculan selebriti tanah air yang tampil dengan pelbagai gaya dan fesyen.

Menerusi tema Melangkaui Sempadan, mereka sedaya upaya tampil menyerlah di hadapan lensa kamera dengan busana rekaaan pereka pilihan masing-masing.

Salah seorang pelakon iaitu Azar Azmi turut tampil mengenakan dress panjang pelbagai warna, menceriakan lagi suasana acara berprestij tersebut.

 

View this post on Instagram

 

Cantik @azarazmi dalam persalinan @azuracouture #abpbh32

A post shared by Anugerah Bintang Popular BH (@abpbh_32) on

Walau bagaimanapun, busana rekaan Azura Couture itu menjadi bahan gelak ketawa netizen apabila didakwa kelihatan sama seperti cadar katil.

“Weh baju dia sebijik macam cadar rakan serumah aku,” tulis seorang pengguna laman Twitter, Nurul Akma.

Posting tersebut tular di Twitter sehingga diulang kicau lebih 3,600 kali dan 2,600 tanda suka serta komen yang rata-rata terhibur melihat persamaan berkenaan.

Macam kotak popcorn GSC pun ada

Sama gila!

Cadar kita sama pulak!

Beli cadar pastu buat baju kot?

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Nurul Akma

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.