Tidak semua manusia diberikan kehidupan yang serba mudah dan mewah. Kadang-kala ujian itu hadir dalam pelbagai bentuk bagi menguatkan rasa sabar serta berusaha lebih gigih untuk melayari kehidupan.
Menerusi satu perkongsian daripada laman Facebook FS Channel, satu video temubual pemilik akaun dengan dua remaja yang sedang menjual kuih dirakam.
Jual kuih bantu ibu bapa
Menerusi temu bual tersebut, remaja yang berusia 15 dan 18 tahun itu sedang duduk di dalam kawasan mesin ATM dengan menjual kuih buatan ibu mereka bagi membantu menyara keluarga.
Kedua-dua yang tidak lagi bersekolah dilihat lesu kerana sudah berjualan dari petang membawa ke malam dengan hanya bersila di lantai.
Adik-beradik 21 orang, bapa sakit kanser otak
Remaja yang dikenali sebagai Iman itu telah memberitahu bahawa dia mempunyi 21 orang adik-beradik dan bapanya pula kini terlantar disebabkan penyakit kanser otak.
Datang berniaga dengan menaiki bas sambil membawa bekas berisi kuih-muih, Iman serta adiknya iaitu Luqman tidak malu berjualan membantu ibu mereka yang sudah bersusah-payah membuat kuih di rumah.
Duduk rumah kecil ramai2
Menerusi perkongsian daripada pemilik laman Fcebook itu, terdapat beberapa info yang diperoleh mengenai keluarga adik-beradik ini menerusi ruangan komen.
Bapa sudah tidak sihat
Jangan jemu berbakti kepada ibu bapa
Sehubungan dengan itu, menerusi ruangan komen, ramai warganet yng mahu menghulurkan bantuan kepada keluarga tersebut.
Ada juga yang memuji sikap dan budi bicara adik-beradi tersebut yang sangat menghormati orang lebih dewasa walaupun tidak mendapat pendidikan yang formal di sekolah.
Walaupun susah masih menjaga solat
Tahniah team!
Inisiatif FS Channel turut mendapat maklum balas positif kerana membantu menviralkan sesetengah individu agar mendapat bantuan ataupun menaikan perniagaan yang baru hendak bertapak.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS
Sumber : FS Channel
PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.