“Kenapa Salahkan Artis Jual Flavour Vape” Shuib Sepahtu

Boleh dikatakan vape kini semakin menjadi trend semakin berleluasa di kalangan anak muda. Malah, ada beberapa artis tidak melepaskan peluang untuk mengeluarkan flavor vape mereka sendiri atau menjadi duta produk tersebut.

Namun, timbul perkara tidak sedap didengar apabila golongan artis dikatakan menjadi contoh tidak baik kepada anak muda. Dalam pada itu, pelawak Shuib berkata golongan selebriti tidak seharusnya dipersalahkan dalam hal tersebut.

Katanya lagi, ibu bapa yang perlu memainkan peranan penting dan memantau anak masing-masing supaya tidak terjebak sedangkan sudah jelas larangan kepada individu bawah umur.

“Kalau kita nak bercerita tentang penggunaan rokok elektronik ni, sebenarnya tiada beza dengan situasi tabiat merokok oleh individu bawah umur sejak sekian lama, mereka tetap akan meneruskan tabiat tersebut jika tiada pemantauan daripada ibu bapa.

“Cuma situasi yang sedang kecoh kini ialah selebriti digunakan sebagai duta untuk membuat promosi cecair rokok elektronik. Kesalahan cuba diletakkan di bahu kami walaupun larangan kepada individu bawah umur sudah jelas,” katanya.

Terdahulu, laman Facebook Public Health Malaysia memuat naik kenyataan mengenai isu berkenaan. Menerusi perkongsian itu, semakin ramai selebriti popular Malaysia disogok untuk mempromosikan produk vape serta turut menyatakan bukti bahawa selebriti dan perisa vape mampu mempengaruhi anak muda.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Facebook Public Health Malaysia

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.