“Keputusan Bakal Diumum,” Kesatuan Bomba Rayv S0lat Hajat Dan D0a Buat Adib

Pada 27 Septermber 2019, keputusan inkues kematian anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia, Muhammad Adib bin Mohd Kassim yang didakwa dipukul serta dibunuh semasa rusuhan kuil tahun lepas akan diketahui.

Kisah sadis Adib yang terbunuh semasa menjalankan tugas benar-benar telah mengundang kemarahan banyak pihak. Perkara tersebut juga telah dibawa  ke muka pengadilan dan berharap agar kebenaran dapat dibuktikan.

Saran adakan solat hajat & tahlil

Oleh hal yang demikian, menerusi Sinar Harian Kesatuan Pekerja-Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia bersama enam Persatuan Pesara-Pesara Bomba Negeri menyarankan agar seluruh balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan solat hajat dan tahlil menjelang keputusan inkues pada Jumaat ini.

Akan diadakan pada Khamis malam

Pihak tersebut juga akan mengadakan solat hajat dan tahlil pada hari Khamis malam Jumaat bagi dikurniakan satu keputusan yang adil bagi membela kematian Muhammad Adib.

“Kami menyeru kepada seluruh warga JPBM dan rakyat jelata tanpa mengira agama serta bangsa berdoa dan mengadakan majlis tahlil dan berdoa bagi memperingati arwah selain mendoakan perjalanan keputusan inkues Jumaat ini berjalan lancar,” katanya.

Terdahulu, Muhammad Adib bin Mohd Kassim telah mengalami cedera parah semasa menjalankan tugas di Kuil Sri Rama Mariamman USJ. Hero tak didendang itu telah dirawat hampir sebulan di Insititut Jantung Negara (IJN) sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir pada hari ke-21 disana.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.