“Lelaki Melayu Dapat Awek Korea,” Tak L0kek Kongsi Tips Meng0rat Orang Sana

Sudahnya banyak kisah rakyat Malaysia yang bercinta dan mendirikan rumah tangga dengan warganegara luar. Sudah pasti sangat mengujakan apabila dua budaya yang berbeza, bersatu dan saling mempelajari antara satu sama lain.

Baru sahaja tular di Twitter, mengenai percintaan jarak jauh antara jejaka melayu dengan seorang gadis Korea. Perkara ini telah dikongsikan sendiri oleh Ahmad Fadhlan menerusi laman Twitter dan memuat naik beberapa keping gambar bersama.

Sanggup terbang Malaysia ke Korea…

Menerusi posting berkenaan, Fadhlan telah berkunjung ke Korea untuk melawat teman wanitanya itu. Tanpa disangka, perkongsian berkenaan telah meraih sebanyak 4,200 ulang kicau dan 8,000 tanda suka daripada warga netizen!

https://twitter.com/ahmadfadhlanfoo/status/1175606509603917827

Siap memperkenalkan awek…

Dia turut memperkenal teman wanitanya yang dikenali sebagai Moon Jiseon. Fadhlan juga turun memuat beberapa keping momen terakhir mereka berdua, sebelum dia kembali pulang ke Malaysia.

Siap kongsi tips nak pikat orang Korea!

Disebabkan banyak permintaan dari netizen terutamanya kaum lelaki, Fadhlan juga tidak lokek memberikan sedikit tips penjagaan diri supaya dapat memikat gadis Korea. Katanya lagi, dia telah mengenali teman wanitanya itu sewaktu dia belajar di sana.

Ramai yang nak jugak…

Menjengah diruangan komen, ramai yang meluahkan keinginan ingin memiliki pasangan dari negara tersebut. Tidak kurang juga, ada yang mengucapkan tahniah kepada Fadhlan dan mendoakan agar hubungan mereka kekal sehingga ke jinjang pelamin.

Macam mana boleh sangkut?

Kalau dah jodoh, orang Korea pun boleh lekat!

“Nak orang Korea jugak…”

Ada yang siap minta tolong ajar lagi…

Jadi, kepada mereka diluar sana yang masih single, usah risau! Mungkin jodoh anda bukan berada di dalam Malaysia.

Walau apapun, rezeki, jodoh dan maut itu semuanya kerja tuhan. Kita sebagai manusia biasa tak perlu nak menidakan perkara yang telah diaturkan olehNya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Ahmad Fadhlan.

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.