“Saya Harap Zarina Gembira Dengan Kehidupan Barunya” Fathia Latiff

Nampaknya satu demi satu selebriti membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab. Minggu lalu, nama Zarina Anjoulie menjadi bualan ramai apabila pelakon kontroversi itu secara rasminya membuka tudung.

Pernah berkawan baik sebelum ini, Fathia Latiff enggan mengulas lanjut mengenai keputusan Zarina itu namun mendoakan yang terbaik dan semoga Zarina bahagia dengan kehidupannya kini.

“Saya tak berani komen sebab ini kehidupan dia. Saya hanya mampu mendoakan yang terbaik untuknya kerana kita tidak tahu apa yang sedang dia hadapi. Apapun, saya harap dia tidak bersedih sebaliknya gembira dengan kehidupan barunya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Fathia memberitahu dia sudah lama tidak berhubung dengan Zarina dan kali terakhir dia pernah cuba menghubungi rakannya itu tidak berjawab. Kata Fathia lagi, dia kini mahu fokus dengan kerjaya nyanyiannya.

“Saya sudah lama tidak berhubung dengan dia. Ada sekali saya cuba menghubunginya tetapi dia tidak jawab panggilan.

“Jadi, biarlah saya fokus dengan kerjaya nyanyian apabila bakal tampil dengan single berjudul Jika Aku Tahu yang bakal dilancarkan pada 27 September ini.

“Saya juga berharap single ini dapat beri sinar baru seterusnya karier seni saya terus berkembang maju,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.