“Apa Yang Saya Buat Memang Berd0sa..” Sharifah Sakinah

Penampilannya sering dikritik netizen gara-gara terlalu seksi dan terdedah, namun Sharifah Sakinah dilihat kalis kecaman serta seakan tidak peduli dengan kata-kata negatif yang dilemparkan terhadap dirinya.

Sebelum ini, perkongsian Sakinah menjadi perhatian netizen apabila pelakon itu memberi amaran agar berhenti ajar wanita bagaimana cara untuk berpakaian. Susulan kenyataannya yang disifatkan agak berani itu, Sakinah tampil memberi penjelasan.

“Mengenai isu s3ksi, saya sangat berani! Sangat berani untuk bersuara memberi amaran kepada netizen supaya berhenti bercakap tentang cara berpakaian,” katanya.

Dalam pada itu, Sakinah mengakui tindakannya itu berdosa namun dia menerima banyak maklum balas dari netizen yang bersetuju dengan kenyataannya itu.

“Apa yang saya buat ini memang berdosa. Tapi siapa sangka, ramai ‘mangsa’ dari isu cara berpakaian ini menghantar mesej secara peribadi (DM) kepada saya & bersetuju dengan apa yang saya suarakan”

“Saya menyuarakan hal ini kerana mengambil berat tentang orang sekeliling, sebab ada masanya bila mereka terlalu banyak penghinaan tentang cara pemakaian, ada diantara mereka yang mula depresi atau murung” katanya.

Terdahulu, kapsyen dimuat naik oleh Sakinah mengundang kecaman netizen dan ada yang memberikan komen sindiran meminta dia berkata seperti itu dengan Tuhan. Malah ada yang mempersoalkan adalah dia benar-benar seorang Muslim.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.