“Ibu Tunggal Yang Bertvah” 35 Tahun Berpisah, Chef Wan Masih Lagi Tanggung Bekas Isteri

Umum sedia maklum bahawa chef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan sudah lama berpisah dengan bekas isterinya hampir 35 tahun.

Walaupun bekas isterinya itu bukan lagi di bawah tanggungjawabnya. Namun, dia masih lagi menjaga segala keperluan wanita itu, termasuk kos rawatan.

Terbaru, chef selebriti itu telah membuat satu luahan di Instagram, berkongsi mengenai kisahnya dengan bekas isteri, menerusi kapsyen berserta dengan gambar bil hospital.

Pergi settle bil j4nda nak operate

Difahamkan, bil yang dimuat naik itu adalah bil hospital bekas isterinya yang baru sahaja selesai membuat pembedahan tangan untuk membuat graft bagi tujuan dialysis.

 

View this post on Instagram

 

Morning! Pagi2 dah ke hospital pi settle bill Janda nak operate tangan buat graft for her dialysis. Suruh jaga makan bertahun lamanya tak mau dengar nasihat saya or anak2. Kuat propa dan curi makan. Sejak ada Grab food ini main order aja mcm Janda Kaya! Duda bulan2 pulak yang sedia kan allowance makan. Cekek la puas2. Kena tangkap curi makan anak2 bising mereka di salah kan pulak. Letih drama orang kencing manis ini. Tak serek2. Yang jadi mangsa kita la juga yang waste all this money for her medical bill and had wished she had taken care of herself better. Dah la full time duduk rumah jadi Puan Sri tak perlu kerja. Memang Janda bertuah kata emak! Ada orang cerai nak bagi susu anak pun susah ini kan kita bela janda kita selama 35 tahun penuh wang saraan serta rumah pun di beli kan. Itu pun tak pandai jaga diri at time geram rasanya. Its not about the money but its about all of us dah la busy mencari rezeki masing2 dan sibuk but now ada tanggung jawab for her dialysis cost, sending her to hospital 3 times a week and taking her back its exhausting. We want her to be happy and enjoy her life. Last 2 months she was hospitalised 3 times paru2 ber air…minum air tak jaga sukatan. Dah la sakit jaga la makan dan minum itu. Asyik melayan tembolok dan ini menyusah kan orang lain. Sesiapa yang jaga orang kencing manis cronic ni and dialysis can relate to me kan. Its all about habits old die hard! Tak pe la ini cabaran hidup saya. Selagi saya mampu buat kebaikan dan membantu manusia lain didalam kesusahan saya akan korban kan lah mana yang saya mampu. Life is indeed a huge challenge nak jaga Jandan dan emak pun and life is indeed one huge sacrifies pun. Some people only know how to judge me sahaja tetapi jika berada in my shoes i bet many cannot do it. Tak usah kata nak jaga nasib ibu dan bapa, janda atau rumah2 anak2 yatim dan rumah org2 tua dan yang cacat nak jaga diri sendiri dan sikap masing2 pun belum tentu lagi. So never judge the book by its cover. Didalam mereka menghina dan mencaci kita di belakang itu hari2 Allah kuat kan semangat diri saya serta di perluas kan pintu rezeki saya to inspire many more others to do the right things and put a smile on so many faces.

A post shared by chef wan (@_chefwan58) on

Memang j4nda bertuah!

Dikurniakan dua cahaya mata, selama 35 tahun ini Chef Wan telah menyara bekas isterinya dengan memberi rumah dan wang saraan. Namun, Chef tersebut sedikit kesal dengan sikap bekas isterinya yang masih degil dan tidak menjaga soal kesihatannya.

Takpela ini cabaran hidup saya…

Menurutnya, wanita itu menghidap penyakit kencing manis namun masih lagi tidak mahu menjaga pemakanan, dan menyebabkan banyak wang terpaksa dikeluarkan untuk kos rawatannya.

Ada yang mencaci ada yang menghina…

Walau bagaimanapun, Chef terkenal itu masih lagi mahu membantu menjaga bekas isterinya selagi termampu, baginya bukanlah wang ringgit yang menjadi soal, tetapi dia hanya mahu melihat wanita itu bahagia dan sihat di samping keluarga.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Chef Wan

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.