“Remaja Avtisme Hadiah Tanjak Dijahit Sendiri Buat Ag0ng Dan Permaisuri Teruja” Memang Cantik

Bukan mudah untuk membuat tanjak dengan cantik, kemas dan sempurna tanpa ‘merosakkan’ sebarang warisan seni orang Melayu itu.

Bagi Daniel Hakimi yang menghidap autisme, ia bukan penghalang untuk remaja berusia 14 tahun tersebut bagi menghasilkan tanjak dalam masa 10 hingga 15 minit.

Lebih bermakna apabila Ikon Autistik Pahang itu menghadiahkan tanjak kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

 

View this post on Instagram

 

Selesai Majlis Jamuan Teh DiRaja 2019. Abg mi Daniel Hakimi menghadiahkan pada KDYMM YDPA Destar “Dendam Tak Sudah”. Tuanku dan Tuanku Raja Permaisuri melihat sendiri demo hasil tangan abg mi yang dibuat sewaktu berlangsungnya majlis. Tanjak yang KDYMM YDPA pegang tu yang hadiah dari abg mi dan tanjak yang abg mi pegang tu pula, tanjak yang abg mi buat demo lipatan tadi. Tuanku berkenan nak pakai terus tadi yang abg mi buat tu tapi takleh sarung lg sbb masih ada jarum terpasang. Tuanku Permaisuri teruja dgn hasil tangan abg mi..Siap dia tarik2 abg mi utk bergambar kenang- kenangan😍 Pengalaman terindah buat abg mi hari ni. Mama papa tumpang gembira. Allah lanjutkan usia KDYMM YDPA dan Tuanku Raja Permaisuri. Gambar Tuanku sedang memeluk abg mi sambil ucapkan Happy Birthday pada abg mi x sempat dambil..Harap2 ada lah sesiapa yg simpan gambar kenangan tu.. Terima kasih juga kepada MB Pahang yg turut menghurkan 💲 pada abg mi… Selesai abg mi siapkan Destar Dendam Tak Sudah, Ramai tetamu yg bergambar dgn hasil tangan abg mi..1 penghargaan buat abg mi Happy Birthday Abg mi.. @istana_negara #DAULATTUANKU #Autismemalaysia #autismeboy #pembuattanjakautisme #pendkhas #iconautismePahang #SEGRA

A post shared by Norrulhuda Bt Md Daud (@norrul_huda21) on

Menerusi laman Instagram ibunya, Norulhuda Daud berkongsi perkara tersebut ketika menghadiri Majlis Jamuan Teh Diraja bersempena sambutan Hari Keputeraan rasmi Seri Paduka pada 9 September lalu.

“Agong & Raja Permaisuri Agong melihat sendiri demo hasil tangan abang Mi (nama panggilan) yang dibuat ketika majlis. 

“Tuanku berkenan nak pakai terus tadi yang dibuat tu tapi tak boleh sarung lagi sebab masih ada jarum terpasang,” katanya.

Walaupun perkembangan remaja autisme itu agak lambat berbanding rakan sebayanya yang lain, namun bakat Hakimi ternyata luar biasa hebat.

Seronok dapat gambar bersama Agong & Permaisuri!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @istina_negara

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.