“Tanya S0alan Tak Henti2,” Akhirnya Gadis Cina Lafaz Syahadah Depan Ebit Lew

Ramai sudah mengenali pendakwah selebriti iaitu Ustaz Ebit Lew yang sememangnya terkenal dengan cara berdakwah yang lembut kepada golongan-golongan terasing.

Rutin hariannya yang padat dengan memenuhi undangan ceramah di seluruh negara tidak menghalangnya untuk mendekatkan diri kepada golongan yang dahagakan ilmu serta mereka yang memerlukan panduan untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Banyak persoalan dalam Islam yang dia nak tahu

Oleh hal yang demikian, menerusi satu perkongsian yang dimuat naik ke Instagram miliknya pagi tadi, Ebit Lew telah berjaya membantu mengislamkan seorang gadis berbangsa Cina yang amat tertarik dengan agama Islam.

Menurut penulisan yang di buat Ebit, gadis itu kerap bertanyakan tentang Islam kepadanya dan pada hari tersebut mereka telah bertemu dan bersoal jawab sehingga awal pagi dan gadis itu dengan sepenuh hati ingin mengucap dua kalimah syahadah.

 

View this post on Instagram

 

Sebak bila dah 10.30 malam balik dari Terengganu terus jumpa seorang wanita cina cantik orangnya banyak persoalan tentang Islam. Dari awal tahun dia mesej saya. Banyak persoalannya. Berbual dan jawab soalannya. Subhanallah dah 12malam beliau masih ada persoalan. Beliau juga risau belum dapat amal kesemuanya. Jawab saya semua boleh belajar berterusan. Tapi jangan tangguhkan syahadah. Saya terangkan dan doa jer ya Allah yang Maha Kuasa berilah hidayah pada pada dirinya. Dalam hati doa ya Allah berilah hidayah padanya . Beliau rasa berat yerlah risau macam-macam. Bukan mudah melainkan dengan pertolongan Allah. Dah 12.15pagi begitu beliau sedia nak ucap syahadah. Memang nak ke. Yer ustaz. Saya sedia nak ucap dan terus belajar. Wajah dia berseri dan nampak bahagia. Syukur pada Allah. Bila balik rumah. Dapat mesej darinya ustaz saya rasa tenang sangat. Rasa bahagia tenang. Ustaz doakan saya yer. Dapat mesej tu terus rasa bahagia gembira. Terima kaseh. . Tiadalah yang boleh beri hidayah atau pun mengucap walau sekali melainkan dengan pertolongan Allah. Allah sayang adik yer. Tahniah. Semoga hidup adik dimudahkan Allah. Pasti Allah bantu dalam segala urusan. Dikabulkan cita-cita dan dijaga Allah dunia dan sampai syurgaNya-ebitlew #jomDaftarKeluargaSunnah #kuantan #melaka #kotaBharu #Terennganu #kotaKinabalu #kuching #www.transformjiwa.com #kliklinkdiBio untukDaftar

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Rasa tenang dan bahagia lepas ucap syahadah

Pada permulaannya, gadis itu berasa berat untuk melafazkan kalimah suci itu namun selepas beberapa ketika, dia bersedia mengucap syahadap iaitu kira-kira jam 12.15 pagi.

Apabila pulang ke rumah, gadis itu telah memberitahunya melalu mesej bahawa dia sangat tenang dan berharap ustaz dapat mendoakan urusannya selepas ini.

Semoga terus istiqomah

Sehubungan dengan itu, menerusi muat naik tersebut, rata-rata warganet telah berasa bersyukur dengan tindakan yang dibuat oleh gadis itu yang memilih memeluk Islam. Mereka juga sempat mendoakan agar gadis tersebut terus istiqomah dan giat berusaha menjadi muslimah sejati.

Terima kasih ustaz

Allah permudahkan urusannya

Subahanallah, Allahuakbar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Ebit Lew

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.