“Aliff Aziz Masvk Kelas Ag4ma, Belajar Mengaji” Bella Astillah

Hampir empat bulan bercerai, namun kehidupan Bella Astillah dan Aliff Aziz masih lagi menjadi perhatian ramai. Walaupun tidak lagi bergelar suami isteri, hubungan Bella dan Aliff masih lagi baik demi anak mereka, Ayden.

Menurut Bella, bekas suaminya itu kini berada di Singapura dan berusaha untuk mendekatkan diri dengan agama. Bella berkata, kontroversinya terdahulu membuatkan Aliff hilang keyakinan diri, namun keadaannya kini semakin baik.

“Alhamdulillah, saya lihat keadaan Alif semakin baik dan dia ada masuk kelas agama serta mengaji.

“Bagi saya ia sesuatu yang baik dan boleh mendorong ke arah kebaikannya juga. Apabila kita buat baik, sudah tentu Allah akan balas dengan benda baik. Tapi itu saja yang saya tahu mengenai dia,” katanya.

Dituduh mahu meraih simpati apabila sering membuat Live IG bersama bekas suaminya, Bella berkata tindakannya adalah untuk memberikan sokongan dan membantu memulihkan semangat Aliff.

“Netizen ada pendapat masing-masing tapi saya tak kisah mereka tak selesa sebab kalau tak suka boleh saja tinggalkan IG Live kami. Lagipun saya tak nak orang kata saya membenci Aliff.

“Dia perlukan sokongan, memang dia ada keluarga tapi apa salahnya saya beri sokongan dan semangat memandangkan dia tetap ayah kepada anak kami, Ayden,” katanya.

Baguslah jika Aliff mahu berubah ke arah lebih baik. Diharap suatu hari nanti Aliff dapat buat comeback dengan imej baru dan bebas daripada kontroversi panas. Doakan yang baik-baik sahaja.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.