“Bergaul Dengan Ramai Muslim” Buka Hati Pengasas Rayani Air Pelvk Islam

Seluruh rakyat Malaysia pasti pernah mendengar satu syarikat penerbangan patuh syariah yang pertama di Malaysia beroperasi sekitar tahun 2015. Namun begitu, syarikat tersebut telah menggantung operasinya kira-kira setahun selepas itu atas sebab-sebab tertentu.

Sudah menjadi saudara baru

Pengasas kepada Syarikat Rayani Air, Ravi Alagendrran telah memperkenalkan penerbangan tersebut di Malaysia dan mendapat sambutan yang agak menggalakkan.

Baru-baru ini, Ravi Alagendrran, telah dilaporkan memeluk agama Islam di Kota Bharu, Kelantan. Kenyataan tersebut telah dikeluarkan sendiri olehnya kepada sumber.

Beliau juga telah mengekalkan nama asalnya dalam kad akuan sebagai saudara baru dengan nama Ravi Alagendrran bin Abdullah.

Bernikah sehari selepas peluk Islam

Disamping itu juga, beliau turut dikhabarkan sudah menikahi seorang wanita warganegara Indonesia dikenali sebagai Uci Sari Indah, 23 sehari selepas memeluk Islam.

Tertarik dengan Islam sejak 2015

Tambah figura berusia 52 tahun ini kepada sumber, beliau mulai tertarik dengan Islam sekitar tahun 2015 iaitu semasa Rayani Air mula beroperasi disebabkan mempelajari perkara-perkara berkaitan syariah Islam berikutan mengendalikan syarikat tersebut.

Perkenalan dengan isteri kira-kira dua tahun lalu juga banyak mengajarnya mengenai Islam juga menguatkan lagi keinginan mempelajari agama tersebut disamping pergaulan dengan ramai rakan-rakan Muslim.

Semoga dengan pernikahan yang berlangsung dapat menambahkan lagi rasa cinta pengasas Rayani Air ini terhadap Islam dan selamat menikmati alam perkahwinan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Mstar Online

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.