“Daripada Mental Layan Orang Bd0h, Baik Buat Kerja” DigeIar Haneesya Hitam Pula, Netizen Bikin Empunya Diri Amvk

Isu warna kulit pelakon dan model Haneesya Hanee masih belum reda.

Terbaharu, seorang pengguna di Twitter menggelarkan bekas peserta Dewi Remaja 2018/2019 Haneesya Hitam hingga menimbulkan rasa kurang senang empunya diri.

Bertindak memuat naik foto dan kenyataan individu terbabit, tindakan Haneesya bagaimanapun dike cam warganet.

Malah, sikap sedemikian dianggap netizen kurang profesional terutama bagi seorang artis yang baru dinobatkan sebagai Artis Baharu Wanita Popular hujung minggu lalu.

Haneesya tidak berdiam diri, setiap kutukan dibalas malah pelakon Cik Reen Encik Ngok Ngek itu menjelaskan dirinya sudah penat melayan kisah sedemikian.

“Sejujurnya saya sudah penat apabila orang bercakap mengenai kulit gelap. Orang ramai tidak akan faham pun.

“Daripada aku mental layan orang bodoh baik aku buat kerja aku.

“Kepada sesiapa yang berdepan waktu-waktu sukar, anda boleh menghantarkan mesej kepada saya. Saya akan cuba membalasnya,” kata Haneesya.

Haneesya juga memuat naik foto menyatakan bahawa media sosial boleh menjejaskan kesihatan mental seseorang.

Terdahulu, Haneesya pernah memuat naik kenyataan bahawa dia berbangga memiliki warna kulit yang gelap biarpun sering diperlekehkan.

Hingga ada yang menggelarkannya sebagai Rihanna Malaya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Twitter

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.