“Meraikan Birthday Di H0spital..” Ditahan Wad, Azira Shafinaz Sambut Ulang Tahun Kelahiran

Penyanyi dan pelakon, Azira Shafinaz ada berkongsi berita bersama pengikutnya di akaun Instagram miliknya. Menurut Azira, dia telah dimasukkan ke hospital akibat terkena serangan suhu badan yang panas, awal pagi tadi.

Menyedihkan, penyanyi anggota kumpulan De Fam ini menyambut hari ulang tahun kelahiran yang ke-28 tahun, hari ini.

“28. Alhamdullilah, happy birthday to libra babies It’s a bummer to be celebrating my bday in the hospital cause my body ‘SUHU PANAS PANAS’,” tulisnya.

Dalam pada itu, peminat mendoakan agar bintang drama bersiri Seribu Rindu ini kembali sihat seperti sedia kala.

Min mendoakan agar Azira cepat sembuh dan semua urusan dipermudahkan.

Untuk rekod, Azira atau nama sebenarnya Azira Shafinaz Ramlan telah dilahirkan pada 26 September 1991 di Kuala Lumpur dan merupakan anak bongsu daripada tiga adik beradik.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @azirashafinaz

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.