“Spekvlasi Mengenai Fasha Kini Sedang Hamil” Ini Kenyataan Dari Adik Fasha,Elisya Sandha Kongsi Sesuatu.

PELAKON Elisya Sandha memberitahu biarpun mempunyai jawapan terhadap teka-teki netizen mengenai kehamilan kakaknya iaitu Fasha Sandha, namun dia memilih untuk mengunci mulut.

Bagi Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Hassan, 20, dia bukan individu yang sesuai untuk mengesahkan atau berkongsi perkara itu memandangkan kakaknya sendiri tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Saya tidak boleh beritahu atau kongsi apa-apa mengenai keadaan Fasha sekarang ini walaupun memang saya sudah mengetahuinya.

“Bagi saya hamil atau tidak, biarlah Fasha sendiri yang kongsi berita itu. Tapi Alhamdulillah, tak kisah apa-apa pun, saya tumpang gembira untuk Fasha sekeluarga,” kata Elisya.

Elisya kini berjinak-jinak dalam dunia perniagaan

Elisya ditemui ketika sidang media Havoc Food Festival di Red Box, The Garden, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, Fasha seakan memberi bayangan sedang hamil apabila memuat naik foto bersama suami, pelakon Aidil Aziz dan dua orang anaknya dengan kapsyen ‘berlima’ di Instagram.

Menurut Elisya, ada kemungkinan kakaknya enggan mendedahkan perkara itu lagi disebabkan kesilapan lalu yang terlalu awal berkongsi tentang kehamilan namun akhirnya mengalami keguguran.

“Insya-Allah apabila sudah tiba masanya mesti dia akan kongsi, kena tunggu betul-betul dah disahkan mengandung atau tidak. Saya rasa, mungkin Fasha kini lebih berhati-hati nak kongsikan sesuatu.

 

View this post on Instagram

 

Berlima ♥️ . . . . #insyaallah 🧕 @nazeera_hq

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on

Kapsyen Fasha di foto tersebut mengundang spekulasi netizen mengenai dirinya kini sedang hamil

“Sebelum ini, dia pernah tersilap kongsi kehamilan terlalu awal sebab terlalu teruja tapi Allah nak uji dia keguguran. Jadi, kali ini dia belajar daripada kesilapan sendiri,” ujarnya.

Pada 10 Jun lalu, Fasha berkongsi berita sedih apabila dia mengalami keguguran pada usia kandungannya hampir enam minggu.

Dalam pada itu, pelakon drama Puteri Yang Ditukar ini meluahkan rasa teruja dapat sertai Havoc Food Festival buat kali pertama yang akan diadakan pada 1 hingga 3 November depan di Perkarangan Stadium Malawati, Shah Alam.

“Saya sangat teruja sebab buat pertama kali saya akan sertai festival makanan dengan membuka gerai makanan di sana.

“Sebelum ini saya tak pernah sertai mana-mana program perniagaan dan boleh dikatakan ini baby step untuk saya menceburi bidang perniagaan makanan,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.