“Tak Kisah Bayar Mvrah, Janji Muka Bersepah Di TV” Janna Nick

Dinobat sebagai Artis Versatil Popular di ABPBH 32 Ahad lalu, Janna Nick tidak menyangka bahawa namanya diumumkan sebagai pemenang kategori tersebut. Katanya lagi, dia sudah menjangkakan Mira Filzah akan menang besar memandangkan popularitinya sedang memuncak.

Janna mengakui dia menang mungkin kerana sikapnya yang ‘tamak’ dengan menerima semua tawaran tanpa berkira soal bayaran asalkan wajahnya muncul di kaca televisyen.

“Saya anggap Mira Filzah akan membolot semua sebab namanya sedang memuncak sekarang. Saya menang mungkin kerana ‘tamak’. Janji muka saya bersepah, bayaran murah pun tidak mengapa.

“Saya tidak ‘demand’. Saya berterima kasih kepada kelab peminat, Janna Nickers yang berusaha keras menyokong saya,” katanya kepada BH Online.

Dalam pada itu, meskipun sudah menang Janna berkata dia akan berusaha memperbaiki kekurangan untuk sampai ke tahap membanggakan serta memberikan kualiti terbaik.

“Saya tak rasa kualiti saya dalam lakonan, nyanyian dan pengacaraan berada pada tahap bagus. Saya harus belajar lagi,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.