“Tut0rial Buat Selendang Ala Permaisuri Ag0ng,” Senang Sangat Caranya

Sejak dua menjak ini penampilan Permaisuri Agong ke-16 Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah jadi tumpuan.

Ramai yang berkenan dengan gaya baju kurung dilitupi selendang yang ilhamkan oleh pereka fesyen terkenal Rizalman khas untuk baginda.

Kalau korang pun nak bergaya sama macam Permaisuri Agong dengan selendang yang sopan ini boleh ikut cara yang dikongsi oleh tukang jahit Nurzailiasya Zaiera.

1.Bahan yang kena ada shawl 2 helai, brooch, kapur untuk tanda & pembaris. Kalau takde kapur boleh guna pensil.

2. Mula-mula lipat dua shawl. Dari tepi bahagian lipatan tandakan ukuran bahu ÷ 2. Contoh, bahu 15′ ÷ 2 =7 1/2. Tandakan 7 inci je supaya terletak sikit atas bahu brooch tu nanti.

3. Dari ukuran bahu 7 inci tadi, tanda utk tangan pulak. Kita buat sampai siku je dalam 10 inci.

4. Bentangkan shawl pertama dan cantumkan dengan shawl kedua.

5. Pinkan tempat yg ditanda tadi. Bahagian bahu dan siku.

6. Ok, siap.

7. Kalau nak nampak tangan penuh, boleh pinkan kat bahu je.

8. Gaya pemakaian selendang yg kedua. Pusingkan shawl, belahan tu bahagian depan.

9. Tip penting Disarankan untuk menggunakan selendang half moon untuk nampak kemas dan cantik. Selendang dengan bentuk bersegi akan membuatkan selendang pada baju kurung kelihatan sangat labuh.

10. Ini pula kalau pin di bahagian bahu sahaja.

11. Yang ni rupa kalau pin bahu dan siku.

Ok dah siap. Kalau pakai baju kurung hari Jumaat, boleh ikut stail selendang ala Permaisuri ni ya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Nurzailiasya Zaiera

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.