“Bergantung Pada Mesin 0ksigen,” Pergerakan Ainul Semakin Terbatas

Masih lagi dalam proses penyembuhan, terdahulu Ainul Mardhiah terpaksa dimasukkan semula ke hospital pada 14 September lalu akibat terkena jangkitan kuman.

Kini, keadaan kesihatan bayi bertuah itu sudah beransur baik dan telah pulang ke rumah. Menerusi,perkongsian bapanya, Ahmad Safiuddin, memaklumkan bahawa Ainul masih bergantung pada mesin oksigen.

Mesin oksigen besar, susah nak bawak Ainul jalan2

Tambahnya, pergerakan Ainul agak terbatas disebabkan mesin oksigen agak sukar untuk dibawa kemana sahaja kerana saiz mesin tersebut agar besar.

Namun, meskipun susah untuk bergerak dengan adanya mesin itu, Safiuddin tidak putus-putus meluahkan rasa syukur dan percaya bahawa satu hari nanti puteri kesayangannya itu akan sembuh sepenuhnya.

“Takpa ainul. Nanti lama-lama walid harap ainul boleh dah off dari oksigen tu. Take time anak…”

Setiap bulan kena pergi hospital…

Berkongsi mengenai perkembangan terkini rawatan Ainul, anaknya itu akan menjalani pemeriksaan setiap bulan di hospital, dan rawatan susulan akan diteruskan.

“Perjalanan ainul masih jauh. Ainul perlu follow up setiap bulan di hospital. Dan banyak lagi rawatan yang dia perlukan terutama cleft palatenya ( Sumbing lelangit )…”

Semoga Ainul sembuh sepenuhnya…

Di ruangan komen, masih lagi tidak putus dengan kata-kata doa buat Ainul Mardhiah, ramai tidak sabar mahu melihat bayi bertuah ini pulih sepenuhnya.

Tak sabar nak tengok muka dia comot2 sebab main.

Ainul kena terus kuat…

Makin comel Ainul…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Ahmad Safiuddin

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.