“Dedah Anak Manja Dengan Calon Isteri” Hael Husaini Dah Ada Cal0n

Usia sudah menganjak 32 tahun, Hael Huasini mengakui dia kini sudah memikirkan soal untuk berumah tangga. Malah, Hael berkata dia sudah meletakkan fokus untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Mahu membeli rumah dan serius untuk membina keluarga, dalam temu bual tersebut, Hael seakan mengakui sudah mempunyai calon isteri dan anak angkatnya selesa dengan ‘calon’ tersebut.

“Fokus saya nak kahwin selepas ini, tapi saya nak kumpul duit dan beli rumah dahulu sebelum nak dirikan rumah tangga. Tipulah kalau tiada perancangan, namun saya harapkan doa terbaik daripada peminat.

“Apa yang boleh dikatakan ialah anak angkat saya iaitu Nur Helena selesa dengan ‘calon’ tersebut, selalu juga mereka meluangkan masa bersama,” kataya.

Diminta mengulas mengenai calon isterinya, Hael enggan mendedahkan identiti wanita yang berjaya mencuri hatinya itu dan seakan bijak mengelak soalan tersebut.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Rotikaya

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.