“Menitis Air Mata Seorang Peguam, Syazlin Sebak Berjaya Buktikan Kebenaran Buat Arwh Adib

Mahkamah Koroner hari ini memutuskan punca pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim akibat dipvkul dan disr4ang oleh pihak ketiga.

Kecedera4an Allahyarham Muhammad bukan perbuatan sendiri tetapi kecedera4annya disebabkan perbuatan jenayah oleh dua atau lebih individu. Allahyarham Muhammad Adib telah diheret keluar dari jentera EMR.

Mahkamah turut menyalahkan pihak FRU dan polis yang gagal mengawal rusuhan yang berlaku sebelum insiden Muhammad Adib.

Kedengaran suara mengucap syukur Alhamdulillah sebaik sahaja Koroner Rofiah membaca rumusan keputusan inkues itu.

Selanjutnya, Mahkamah Koroner menyerah kepada Peguam Negara dan polis untuk melakukan pendakwaaan.

Peguam Syazlin Mansor yang mewakili keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim menangis sebaik Mahkamah Koroner memberikan keputusan punca pemergiaan anggota bomba itu.

Koroner Rofiah Mohamad juga dilihat sebak ketika membacakan keputusan inkues pemergian Muhammad Adib kira-kira jam 9.30 pagi tadi.

Keputusan inkues ‘pemergian’ Muhammad Adib

SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Mahkamah Koroner akan memutuskan punca pemergian anggota bomba dan penyelamat (JBPM), Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Mohd Adib, 24, cedera parah ketika bertugas dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ, November lalu.

Beliau menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara selepas 21 hari dirawat. Berikut langsung daripada pekarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Ikuti siaran langsung perkembangan terkini kes tersebut di Sinar Harian:

10.14 pagi: Mahkamah Koroner, Rofiah Mohamad membuat keputusannya selepas prosiding perbicaraan memakan masa 41 hari.

Dalam keputusannya, Rofiah berkata, keceder4aan lung chest travma dialami Muhammad Adib disebabkan arwa4h telah ditarik keluar dari van unit bantuan perkhidmatan kecemasa4n (EMRS).

“Saya merumuskan bahawa keceder4aan lung chest trauma yang dialami Muhammad Adib adalah bukan perbuatan diri,” katanya.

9.52 pagi: Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin tiba jam 9.55 sambil diiringi anggota polis.

Zuraida tiba sejurus Koroner Rafiah Mohamad mengambil tempat bagi membacakan keputusan.

9.51 pagi: Koroner Rofiah Mohamad mengambil tempat. Keputusan akan dibacakan.

9.20 pagi: Pihak-pihak berkepentingan mula mengambil tempat di dalam galeri awam.

Mahkamah dijangka bersidang pada bila-bila masa.

8.55 pagi: Ketibaan Saksi keenam, Mohd Hazim Mohd Rahimi, 31

8.50 pagi: Pengarah JBPM Selangor, Norazam Khamis tiba bersama pegawai kanan.

8.46 pagi: Abang sulung arw4ah, Mohd Asraf Mohd Kassim tiba

8.45 pagi: Ketibaan tunang Allahyarham Muhammad Adib, Nurul Najihah Mohd Radzi, 25.

Nurul Najihah berbaju kurung tiba dengan ditemani seorang wanita, memasuki mahkamah.

Ini kali pertama beliau hadir di Mahkamah Koroner bagi perbicaraan inkues kema4tian tunangnya.

8 pagi: Sebahagian peguam keluarga Muhammad Adib, Yahya Othman tiba.

7 pagi: Pekarangan kompleks mahkamah tenang dan terkawal. Laluan ke mahkamah koroner diletakkan penghadang.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Sinar Harian

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.