“Reakssi Keluarga Saya Dan Keluarga Mimi Lana P0sitif” Syafiq Kyle

Menjalin hubungan cinta lebih empat tahun, pasangan selebriti Syafiq Kyle dan Mimi Lana selesa untuk tidak terlalu mendedahkan ikatan yang sedang dibina.

Bagi Syafiq dan Mimi, cukuplah sekadar orang ramai tahu yang mereka kini sedang rapat dan berada dalam fasa bercinta serta belum mempunyai perancangan untuk membawa hubungan mereka ke peringkat yang lebih tinggi.

Menerusi temubual, Syafiq mengakui reaksi keluarga mereka berdua positif apabila hubungan cinta mereka diketahui ramai.

“Reaksi keluarga positif. Kita berkawan secara positif dan masing-masing tahu. Keluarga pihak saya tahu, keluarga pihak Mimi juga tahu.

“Apa yang mereka mahukan ialah untuk melihat anak-anak mereka berjaya. Jadi, perkara terbabit perlu kami kejar dahulu sebelum memikirkan mengenai benda lain,” katanya.

Dalam perkembangan terbaru, filem lakonan Syafiq dan Mimi, Pusaka bakal menemui penonton pada 31 Oktober ini.

Filem terbaru terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Director’s Think Thank dan dipersembahkan oleh produksi Alpha 47 ini mendapat sentuhan pengarah berbakat, Razaisyam Rashid.

Selain Syafiq dan Mimi, filem ini turut membariskan bintang hebat seperti Fauziah Datuk Ahmad Daud, Faizal Hussein, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Aleza Shadan, Yuna Rahim dan ramai lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Gempak

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.