“Sampai menlnggal dia tak jval” Ramai Tak Tahu Pasal ‘Rumah Degll’ Dekat Jalan Chow Kit. Ini Kisah Di Sebaliknya…

Baru-baru ini kecoh satu Malaysia apabila Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Samad membuat pengumuman untuk membuat pembangunan di Kampung Baru. Apa yang menimbulkan kemarahan masyarakat adalah disebabkan tawaran harga dari kerajaan untuk setiap persegi tanah di sana yang dikatakan tidak berbaloi.

Terpanggil untuk berkongsi cerita tentang isu ini, seorang individu berkongsi cerita tentang sebuah rumah pusaka terletak di Chow Kit yang popular dengan gelaran ‘Rumah Degil’.

Berdiri sejak 1926

Menurut Cari, rumah itu telah dibina sekitar tahun 1926 di sebuah kawasan yang lapang. Rumah itu didiami oleh seorang nenek bernama Norma Manjawali sejak dilahirkan pada tahun 1932.

Banyak versi cerita, nenek Norma ‘degil’

Katanya, banyak sangat versi cerita pasal ‘rumah degil’ ni mengapa rumah itu dipanggil sebegitu adalah kerana nenek Norma yang ‘degil’ dan tidak mahu menjual rumahnya kepada pihak pemaju suatu ketika itu.

Sehinggakan naik bangunan-bangunan tinggi disekelilingnya dan hanya rumah dia sahaja yang masih kayu dan utuh.”

Pemaju tetap berusaha, tapi gagal

Macam-macam usaha dilakukan pihak pemaju memandangkan hanya rumah itu yang berdiri di celah bangunan lain.

Namun, usaha mereka gagal untuk memujuk nenek Norma supaya menjual rumahnya. Sehinggalah nenek Norma dilaporkan meninggal dunia dan pada tahun 2013 rumah tersebut terpaksa dilepaskan.

Struktur asli dipindahkan ke Balai Seni Negara

Ramai orang yang mungkin tidak tahu, struktur asli rumah itu telah dipindahkan ke Balai Seni Negara terletak di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur kini untuk menjadi tatapan umum sejarah tentang Rumah Degil ini.”

Untuk pengetahuan kalian, walaupun tanah itu telah dijual kepada pemaju, namun Datuk Seri Nazri Aziz yang ketika itu memegang jawatan Menteri Pelancongan telah mengambil inisiatif untuk membeli rangka rumah tersebut dan diletakkan di Balai Seni Negara di Jalan Tun Razak.”

Al Fatihah untuk Nenek Norma…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.