“Saya Faham Dia Ada Kerja, Tapi Adik-Beradik Search Perlukan Dia” Nasir Terkilan Amy Tidak Dapat Balik

Pemain bass kumpulan Search, Nasir mengalirkan air mata apabila vokalis kumpulan lagenda berkenaan, Amy tidak dapat memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham Yazit Ahmad yang meninggal dunia pukul 11.53 pagi tadi.

Kata Nasir atau nama sebenarnya, Nasir Daud, dia terkilan disebabkan hal itu.

“Amy ada telefon saya malam semalam. Dia mohon sampaikan salam dan minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki,” kata Nasir tidak dapat menahan sebak lalu mengalirkan air mata.

Tambah Nasir, 60, dia terkilan namun faham dengan keadaan Amy yang kini sedang berada di Jakarta, Indonesia atas urusan kerja.

“Saya faham dia (Amy) ada kerja tapi sebagai adik-beradik Search, kami perlukan dia.

“Amy juga terkilan tidak dapat balik. Saya cakap dengan dia, kalau boleh sampai cepat, baliklah. Kalau tiada tiket penerbangan, anggap sahaja takdir dan redalah,” ujarnya.

Jelas Nasir lagi, dia seperti tidak boleh menerima kenyataan apabila Search tidak lengkap pada penghujung hayat Yazit.

“Band ini bukan baharu. Hampir 40 tahun kami bersama. Gaduh, ketawa dan segala-galanya kami lakukan segalanya. Yazit tetap ahli Search dan dia tiada galang gantinya,” kata Nasir lagi.

Terdahulu, Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman turut menyampaikan salam takziah di atas pemergian Yazit.

Amy juga memohon maaf kerana tidak dapat menziarah dan menghadiri majlis pengebumian Allahyarham Yazit kerana kini berada di Jakarta, Indonesia.

Vokalis tersebut terikat dengan tanggungjawabnya sebagai komentator di program Golden Memories Asia untuk siaran Indosiar di Jakarta, Indonesia.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Kosmos

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.