“Alhamdulillah Bernasib Baik Masih Lagi Selamat Dari Status Bandvan,” Suami Nadya Syahera, Fizul Nawi

Awal semalam, suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi memaklumkan dirinya bernasib baik daripada dipenjrakan atas tuduhan membenarkan imigran haram tinggal dalam sebuah premis, tidak lama dulu.

Perkongsian tersebut dibuat bapa kepada dua cahaya mata ini menerusi Instagram. Bagaimanapun, Fizul turut mendedahkan dirinya ditipu dan berharap agar individu terlibat mendapat balasan di akhirat kelak.

“Alhamdulillah Bernasib baik masih lagi selamat dari status bandvan, terima kasih ya Allah. Kepada yg berkenaan tu tunggu lah balasan allah s.w.t kalau di dunia anda selamat xpe ingt akhirat pasti xkn terlepas.

“sama jugak yg si staff yg penipu,kau boleh tipu bos tapi sampai satu masa kau xkn terlepas. Pasti akan kantoi jugak.

“Tunggu lah pembalasan dari allah sbb kau tahu aku x akn buat apa2 kalau kantoi paling tidak kena buang kerja je kn?

“Sbb apa sbb manusia bukan ada hak nk menghukum sesama manusia. .ujian tahun ni berniaga 2,3 org penipu, nasib la. Sabo jela,” tulisnya sambil disusuli dengan beberapa tanda palang #janganpercayasangatpekerja, #kawanmakankawan dan #penipu.

Imbas kembali, Fizul atau nama sebenarnya Mohd. Hafizul Md. Nawi sebelum ini didakwa dengan membenarkan tujuh imigran haram masuk dan tinggal di sebuah premis di Seksyen 7, Shah Alam pada pukul 10.10 malam, 20 Februari lalu.

Pegawai Pendakwa Jabatan Imigresen, Noor Asfihan Abdul Wahid mengemukakan pertuduhan mengikut Seksyen 55 (E) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan) 2002.

Seksyen itu memperuntukkan denda maksimum RM30,000 atau penjara 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap warganegara asing yang dibenarkan berada dalam premis.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @fizulnawi_ Via MH

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.