“Kau Melayu, Kenapa Tidak Boleh Cakap Melayu,” Vivy Yusof Perjelas Soal ‘BM Challenge’ Dan Isu Tinggal Anak Bercuti Ke Bali

Menyedari salah faham yang terjadi berikutan ‘BM Challenge’ yang dilakukan tidak lama dahulu, usahawan berjaya, Vivy Yusof menjelasjan, masyarakat harus faham latar belakang setiap individu berbeza.

Malah, jangan bersifat terlalu cepat menjatuhkan hukuman.

Jelasnya, cabaran tersebut adalah untuk dia bertutur dalam Bahasa Melayu sepenuhnya tanpa campur aduk dengan bahasa asing untuk satu hari. Bukannya semata-mata cabaran berbahasa Melayu.

Dalam apa yang kita lakukan tetap akan ada kritikan. Saya terima semuanya kerana ia akan membantu saya perbaiki diri.

“Orang luar harus faham, latar belakang kita semuanya berbeza. Kita kena memahami semua dan janganlah terlalu cepat menghukum. Apabila masyarakat mengkritik, ia menyebabkan kita menjadi lebih jauh hati.

“Cabaran itu adalah untuk bercakap Bahasa Melayu sepenuhnya untuk satu hari. Mungkin salah saya sendiri kerana tidak menerangkan dengan lebih jelas bahawa cabaran itu adalah untuk bertutur dalam Bahasa Melayu tanpa campur aduk dengan bahasa lain.

“Orang katakan ‘kau Melayu, kenapa tidak boleh cakap Melayu’. Saya boleh berbahasa Melayu namun penggunaan dalam pertuturan seharian sudah tentu kita biasa bertutur ‘bahasa rojak’.

“Ada yang memahami, namun kritikan datang daripada mereka yang tidak faham maksud cabaran tersebut. Mereka katakan baik jangan jadi Melayu (ketawa),” jelasnya.

Vivy terdahulu ditemui pada majlis pelancaran Izara Aishah X Lilit di The Linc, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Ibu kepada tiga orang anak ini turut menjawab tohmahan netizen apabila dituduh sebagai ibu tidak bertanggung jawab apabila meninggalkan anak-anak semata-mata untuk menikmati percutian di Bali bersama teman-teman.

Jelasnya, seorang ibu harus mempunyai masa untuk melepaskan tekanan, dan perkara tersebut tidak sesekali akan melucutkan gelaran ibu pada seseorang wanita.

Saya terkejut apabila ada yang beranggapan bahawa seorang ibu itu harus ada 24 jam dengan anak-anak. Saya tidak bersetuju dengan pendapat itu.

“Sebagai manusia, kita memegang banyak peranan dalam hidup sebagai isteri, anak dan untuk diri sendiri. Dan sudah tentu kita harus mempunyai saluran untuk melepaskan tekanan.

“Tidaklah apabila menjadi seorang ibu, itu sahaja tugas kita sepenuh masa. Kita tetap seorang ibu walau apa tugas yang sedang dilakukan. Lagipun saya ke Bali dua hari.

“Saya juga memahami keadaan ibu-ibu di luar sana. Saya bersyukur mempunyai sokongan daripada suami dan keluarga.

“Namun netizen pula mempersoalkan, saya punya kelebihan namun bagaimana dengan mereka. Mungkin itu yang membuatkan mereka tidak berpuas hati kerana mereka mahukan yang sama tapi bagaimana.

“Sebab itu kita harus memberi sokongan sesama sendiri,” katanya lagi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : MH

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.