“So Xdela Dorg Tido Balik…” Lepas Svbuh Rvtin Anak Johan Dan Ozlynn Kena ‘Mengaji’, Peminat Kagvm

Pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn bukan sahaja sempoi dan sering membuatkan peminat terhibur namun pasangan ini juga buat ramai kagum dengan cara didikan mereka terhadap anak-anak.

Meskipun sibuk bekerja namun ia tidak menjadi alasan buat pasangan ini untuk memberikan didikan terbaik buat 5 orang cahaya mata mereka.

Sekali lagi perkongsian Ozlynn dilaman Instagram menerima pelbagai pujian ramai. Menurutnya, lepas subuh mengaji menjadi rutin anak-anak mereka. Ini kerana juga membuatkan anak-anak tidak tidur semula selepas solat.

Mengaji tetap mengaji…

 

View this post on Instagram

 

Mengaji ttp mengaji.. kena jadi rutin setiap lepas subuh.. pastu baru breakfast.. so xde la dorg tdo balik lepas solat.. ramai tanya.. x meragam ke bebdk.. sb nmpk dgr kata n baik.. sbnrnya setiap anak tu berbeza karakter dorg.. ariq paling senang sedar.. tp bahaya gak sb kalau x tgk bebetul dia boleh membuta balik🤣.. sodiq.. paling senang tdo dan paling susah kejut.. jerit pon belom tentu dia bgn..🤣 haziq.. dari bgn smp dlm bilik air merengek.. chantiq.. paling dgr kata.. paling senang terjaga.. dan paling awal mandi berbanding adik badik yg lain.. aku ajar maid cara nak kejut dorg.. jgn jerit2.. pegang ibu jari kaki picit sikit dan goyangkan.. satu supaya dorg x terperanjat.. lain la kalau mandi pon melalak haaaa mmg rotan buluh standby.. anak2 nih sbnrnya dorg nak kan perhatian je.. kita nih kdg marah sb kita byk benda nk kena kejar.. nak sediakan breakfast lain.. masak utk lunch box dorg lain.. buah dorg nak kena standby lain.. so far kalau aku yg mandikan sume ok.. dia kalau aku mintak tlg maid jek..haaaaaaa abes sume perangai.. so bila mak yg uruskan semua… ni la hasilnya.. dgr kata kauuuuu.. takot mak dia tukar jd hulk pepagi🤣🤣🤣.. ank nih nk perhatian je.. kita pon kena bersabar layn kerenah dorg.. istighfar bebyk.. nih pengalaman aku.. dulu ariq n sodiq aku tibai boleh tahan.. so bila dh makin ada ramai anak aku pon belajar..layan la selagi boleh cuma jgn smp dr nk perhatian bertukar jadi kurang ajar.. kena didik mana betul mana salah.. utk anak2 yg normal paham bahasa.. tp utk yg special.. kena extra care..tu bahagian setiap parents.. jgn lelah tau.. ank juga adalah rezeki.. cuma jgn spoilkan.. manja n mengada lain tau.. mcm mane nk galakkan ank2 solat dan ngaji di awal usia… ajak dorg join kita skali.. dorg tgk kita ngaji sama.. dorg pon rasa seronok.. bdk nih akan ikut apa yg kita buat.. bukan apa yg kita suruh.. kalau x percaya cuba dr baby korg husband n wife solat jemaah.. nnt bila dia masok setahun ke atas.. dia akan sujud bila kita mula bentang sejadah.. trust me.. didikan awal awal tu penting.. nak dgn xnk je. Jgn bg alasan korg keje.. cari masa atleast hari cuti boleh buat sesama.. all the best buat mak ayah semua.. salam jumaat.. ❤️

A post shared by Johan & Ozlynn (@jozlynnhanania) on

Reaksi ramai yang kagum

Posting selebriti ini mendapat perhatian ramai dengan satu perkongsian yang dikatakan sangat memberikan kesedaran kepada followers mereka yang kini sudah mencecah jutaan.

Tidak hanya itu, peminat turut mendoakan keluarga selebriti ini yang sentiasa berkongsikan hal-hal menarik terutama tentang anak-anak.

Alhamdulillah… suka tengok…

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Johan & Ozlynn

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.