“Kans3r Adik Nishka Makin Kritiikal,” Rawatan Kimo Dah Tak Berkesan, Ibu Pohon Doa Dari Rakyat Malaysia

Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul dengan apa yang berlaku oleh adik Kyfa Nishka Al Kautsar yang begitu kuat melawan penyakit yang dihidapnya walaupun baru berusia empat bulan.

Pernah sekali kisah mengenai adik Nishka diutarakan di SK, seorang bayi comel yang terpaksa berhadapan dengan penyakit yang dihidapnya iaitu kanser otak tahap 4. Begitu berat dugaan yang diberikan kepada keluarga ini.

Namun sejak akhir-akhir ini keadaan kesihatan si kecil ini agak merisaukan seluruh rakyat Malaysia. Wanita ini, Kheriy Khairiah merupakan ibu kepada Adik Nishka yang kongsikan keadaan anaknya di laman Instagram.

Sekadar gambar throwback. Agak lama, kami amik masa untuk memberitahu semua keadaan baby Nishka yang sebenar. Orang kata setiap tutur yang keluar dari mulut ibu dan ayah adalah doa. jadi, sedaya upaya kami cuba untuk tidak berkata dan mengucapkan benda yang buruk dan negatif tentang keadaan baby Nishka.

Seperti semua sedia maklum, baby Nishka sudah 4 bulan menjalani rawatan di HUSM, sudah 4 kali tubuh kecil ini berjuang di katil pemb3dahan, di cucuk, di bedah sana sini untuk tujuan dan niat berubat.

Nak adik sihat, rawatan kimo pun dah adik lalui utk l4wan k4nser jah4t dalam kepala adik. Benar, kita hanya merancang. Doktor hanya perantaraan, doktor dah cuba sedaya upaya. Tapi Allah lebih tahu, Allah segalanya.

Baby Nishka kini sudah memasuki zone paliatif care bermaksud tiada yang rawatan atau ubat untuk tujuan penyembuhan dalam kata mudah (angkat bendera putih) untuk kes baby Nishka. Rawatan kimo yang diberikan tidak respond ke atas kanser baby Nishka.

Kanser dalam kepala baby Nishka semakin berkembang dan membesar sehingga kini baby Nishka tak dapat bernafas sendiri dan bergantung dengan bantuan mesin ventilator. Doktor sudah nak menghentikan merawat. Allahu

Tapi mummy daddy merayu mintak teruskan rawatan. Doktor bagi 2 kali kimo lagi untuk adik. Mummy daddy harap adik kuat dan kanser jahat tu mengecut dan tak tekan saraf pernafasan adik.

Sedih, pilu bila tengok keadaan baby Nishka yang kuat bertarung nyawa, kadang-kadang kita manusia biasa belum tentu sekuat baby Nishka. Doakan baby Nishka ya sempena malam Jumaat ni, agar Allah bantu kami, agar Allah buka jalan, agar Allah hantar seseorang untuk bantu kami menyelamatkan Nishka.

Kata Khairiyah semasa dihubungi, dia mengharapkan ada individu yang baik hati menolongnya mencari atau mencadangkan pusat perubatan yang boleh memberi rawatan terus kepada anaknya. Itu adalah usaha mereka untuk selamatnyakan anak kecilnya.

Terima kasih atas segala bantuan, doa anda semua kepada baby Nishka. Budi baik anda hanya Allah sahaja yang mampu balas.

(No acc Cimb: 7002814262 Khairiah bt Kamarudin )

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Siakap Keli

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.