“Saya Cuba Menjaliinkan Hvbungan Baik Dengan Semua Pihak” T0lak Tawaran Sertai Pr0gram Realiti, Naim Daniel Digam Stesen TV

Sebut je lagu Sumpah mesti korang terus ingat lirik dan melodinya kan?

Naim Daniel bukan sahaja berbakat dalam bidang muzik malah bidang lakonan pun boleh tahan hebatnya. Semakin terkenal dalam industri hiburan, ada pula cerita yang tak sedap didengar.

Terbaharu Naim dikatakan bersikap biadap dan telah digam oleh sebuat stesen TV. Betul ke?

Naim yang juga terkenal dengan watak Budi dalam drama Pia terbitan TV3 bagaimanapun menafikan dia bersikap sombong kerana menolak tawaran menyertai program realiti terbitan stesen tv berkenaan.

Pemilik nama sebenar Muhammad Naim Daniel Baharin, 22, berkata keputusan menolak tawaran berkenaan disebabkan alasan tertentu berkaitan kerjayanya.

“Setakat ini, saya tidak pernah berdepan sebarang masalah dengan mana-mana stesen penyiaran. Isu kena gam itu juga tidak benar sama sekali. Ia hanya khabar angin. Seboleh mungkin, saya cuba menjalinkan hubungan baik dengan semua pihak.

“Berhubung tawaran menyertai program terbabit, saya tidak dapat menjayakannya kerana jadual kerja yang tak mengizinkan. Setiap hari, ada sahaja undangan persembahan perlu dipenuhi”, katanya.

Apapun sama-sama kita doakan selamat maju jaya untuk Naim!

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.