“Sedih… dah 6 tahun tak jumpa anak” Pemuda India sebak dipelvk Ebit Lew, akui ia malam terindah dalam hidupnya

UMUM sememangnya tahu pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew sering berkongsi kisah dakwahnya di media sosial.

Terbaharu, beliau meluahkan rasa terkesan dengan akhlak seorang pemuda India bukan Islam yang berhati mulia membantunya semasa terlibat dengan kemalangan di Pulau Pinang.

“Kira-kira 2 pagi tadi (Ahad) accident dari Pulau Pinang. Langgar besi besar panjang. Lima kereta berturut. Saya pertama langgar.Tapi rahmat Allah malam ni saya jumpa seorang India, Tiyahgah Raja. Baik sangat orangnya.

“Lepas angkat alihkan dan pegang besi besar, Raja offer saya naik keretanya sampai nak hantar balik rumah.Inilah rahmat malam ni. Dapat berkongsi dan berdakwah. Allahuakbar.

“Terkesan dengan akhlaknya dia seorang India dan bukan Islam. Fasih sangat berbahasa Melayu. Abang ni suka tolong orang, dah 30 tahun jadi driver selalu tolong orang. Dari mula sampai habis walau keretanya boleh berjalan, dia sibuk tolong semua orang,” katanya.

Kenderaan dinaiki Ustaz Ebit termasuk empat kenderaan lain melanggar besi besar dan panjang di lebuh raya.

Namun Ebit atau nama sebenarnya, Ebit Irawan Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau sebak dengan kisah kehidupan pemuda tersebut.

“Sedih sebak dengar kisah hidupnya. Kerja siang malam untuk keluarga. Tapi diuji kini duduk seorang diri kerana salah faham. Dia menangis rindukan dua anaknya, dia setia dan tiada orang lain selain rindukan anaknya.

Dia tak mabuk, tapi kerana fitnah keluarganya musnah.  Dah 6 tahun tak jumpa anak. Semoga Allah lembutkan hati isteri dan anaknya.

USTAZ EBIT LEW.

Pendakwah bebas.

“Sepanjang perjalanan kami cerita hikmah kerana kebaikan Allah selamatkan dari musibah lebih besar.

“Dia tak mabuk, tapi kerana fitnah keluarganya musnah.  Dah 6 tahun tak jumpa anak. Semoga Allah lembutkan hati isteri dan anaknya,” katanya.

Jelas Ebit, sewaktu sampai di rumahnya, beliau memeluk Raja sebagai tanda terhutang budi dan rasa sayang padanya.

Ustaz Ebit dihantar pulang ke rumah oleh Raja.

“Dia sebak dan katanya sepanjang hidup 30 tahun saya tak pernah ada seorang ustaz peluk saya. Bertuah dapat jumpa ustaz.

“Ulangkali dia ucap begitu. Katanya dia selalu niat tolong orang dan katanya – tak pernah jumpa seseorang seperti ustaz. Ini malam paling indah dalam hidup saya,” ceritanya.

Malah katanya lagi, banyak hikmah susulan kemalangan kecil yang menimpanya itu.

“Malam ini banyak saya pelajari. Hikmahnya perjalanan malam ini dapat berbual dengan abang ini dua jam. Dia suka sangat dan hormat pada Islam.

“Dari tadi mesej-mesej dengan saya sukanya pada kebaikan Islam ini. Ini semua rahmat Allah. Inilah jawapan untuk malam ini. Terima kasih Allah,” katanya.

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

Innalillahi wa inna ilaihi rajiun. 5 biji kereta tayar koyak. Langgar besi besar tengah jalan. Saya kena 2 biji tayar koyak. Highway dari Penang ke Kl. 1km sebelum ipoh selatan. Ya Allah syukur selamat.Cian ada kereta bawa anak kecil dalam kereta Anak-anak muda beranikan diri angkat besi besar tu dari tengah highway Plus. Risau ada kereta langgar lagi. Paling risau kalau ada motor langgar. Allahu seramnya tengok. Tadi semua kereta nyaris terbalik . Rahmat Allah malam ni saya jumpa seorang India Tiyahgah Raja. Baik sangat orangnya. Lepas angkat alihkan dan pegang besi besar raja offer saya naik keretanya sampai nak hantar balik rumah. Syukur dapat berkongsi dan berdakwah. Allahuakbar. Terkesan dengan akhlaknya dia seorang India dan bukan Islam. Fasih sangat Melayu. Abang ni suka tolong orang. 30 tahun jadi driver selalu tolong orang. Dari mula sampai habis walau keretanya boleh berjalan. Dia sibuk tolong semua orang . Sedih sebak dengar kisah hidupnya. Kerja siang malam untuk keluarga. Tapi diuji kini duduk seorang diri kerana salah faham. Dia menangis rindukan 2 anaknya. Sepanjang jalan cerita hikmah kerana kebaikan Allah selamatkan kita dari musibah lebih besar . Beliau setia dan tiada orang lain selain rindu anaknya. Memang nampak dia baik orangnya. Tapi kerana fitnah keluarganya musnah. Dah 6 tahun tak jumpa anak. Semoga Allah lembutkan hati isteri dan anaknya . Sampai rumah hantar saya. Saya peluknya lama dan rasa sayang padanya. Walau berlainan bangsa dan agama. Rasa sayang dan terhutang budi padanya. Beliau sebak dan katanya sepanjang hidup 30 tahun saya tak pernah ada seorang ustaz peluk saya. Bertuah dapat jumpa ustaz. Ulangkali dia ucap begitu. Katanya dia selalu niat tolong orang. Tapi saya tak pernah jumpa seseorang seperti ustaz. . Ini malam paling indah dalam hidup saya. Malam ini banyak saya pelajari. Hikmahnya perjalanan malam ini dapat berbual dengan abang ini 2jam. Dia suka sangat dan hormat pada Islam. Dari tadi Raja mesej saya katanya sukanya pada kebaikan Islam ini. Ini semua rahmat Allah. Allah temukan kita. Allah sayang kita-ebitlew #www.transformjiwa.com #keluargasunnah #mingguIni #kuantan melaka k.terengganu #kltn #sabah #srwk

A post shared by Ebit Lew (@ebitlew) on

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @ebitlew Via mStar

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.