“Takkan Sesama Artis Pun Dah Tak Boleh Nak Gurau” Terkini Reaksi Nabil Gurauan B0dy Shaming

Semakin maju ke hadapan minda orang Malaysia, semakin ramai yang mengerti bahawa isu ‘body sh4ming’ adalah perkara serius. Tak kisahlah walaupun sekadar gurauan, kalau yang kena itu terasa, tetap jadi kesalah4n.

Walau bagaimanapun, menurut pelawak dan hos terkenal iaitu Nabil, lawak seperti ‘body shaming’ ini mampu meningkatkan rating rancangan, lapor Gempak.

Tambahnya, pada awal kemunculannya dahulu, tiada masalah langsung apabila ada yang melemparkan gurauan berunsur ‘body sh4ming’ di dalam mana-mana program televisyen.

“Pada zaman awal kemunculan saya dalam industri hiburan dahulu, gurauan body sh4ming dalam program TV tidaklah dikrit1k sehebat sekarang.

“Bagi saya, isu seperti ini mampu menaikkan rating tontonan sesebuah program, kalau semua yang dituturkan itu terlalu biasa, penonton pun akan berasa bosan.

“Kami sesama artis pun faham antara satu sama lain, takkan lah sesama artis pun dah tak boleh gurau?” guraunya.

Nabil juga mengimbau kisah di mana dia diej3k mengenai telinga dan badannya yang kurus, namun dia tidak pernah pun melentiing dan mengambilnya dengan positif.

“Saya sendiri pernah di3jek kurus dan telinga c4pang, saya terima dengan positif, penonton ketika itu pun tidaklah terlalu mengkriitik gurauan berbentuk body sh4ming,” jelasnya.

Setiap orang tak sama. Kalau Nabil okey sahaja, tak semestinya orang lain perlu okey juga.

Biodata Dan Latar Belakang Pengacara Nabil Ahmad

Artis serba boleh.. itulah label paling sesuai untuk menggambarkan anak seni bernama Ahmad Nabil bin Ahmad atau nama komersialnya, Nabil Ahmad.

Bermula sebagai seorang pelawak, dia kemudian perlahan-lahan meneroka beberapa cabang seni lain, dengan sehingga kini haluan kariernya lebih terarah kepada bidang pengacaraan.

Jom berkenalan lebih rapat dengan hos yang kini dikenali menerusi rancangan bual bicara hiburan siaran Astro, Meletop.

Biodata
1. Pemilik nama penuh, Ahmad Nabil bin Ahmad.

2. Lahir di sebuah perkampungan di Mambau, Negeri Sembilan pada 26 September 1983.

3. Berusia 36 tahun.

4. Anak ketiga daripada tujuh orang adik-beradik.

5. Bapanya merupakan seorang pemandu lori, manakala ibunya seorang guru tadika bahasa Inggeris.

6. Berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Selepas tamat persekolahan, beliau menyara kehidupan sebagai penghantar surat atau ‘Mat Despatch’ untuk Pos Malaysia bagi cawangan Negeri Sembilan.

7. Berkecimpung dalam dunia hiburan sejak tahun 2008 sebagai pengacara, pelawak, penyanyi, pelakon dan pengarah.

8. Bakatnya dicungkil daripada pertandingan Raja Lawak musim kedua di mana dia telah diangkat sebagai juara dalam rancangan pencarian bakat komedi berkenaan.

9. Antara drama dibintanginya seperti Kuih Goyang Shafiq, Sonata Labu Labi The Series, Geng Bas Sekolah, Mak Lang Datang Kompang Bergendang, Goyang Shafiq… Jom Pi Cuti dan Cakap Melayulah.

10. Termasuk telefilem Sonata Labu Labi, Kuih Goyang Seha, Asmara Pontianak K-POP, Uncle Grandpa, Strawberry Karipap Sesat Kat Paris, Bila Kau Datang dan banyak lagi.

11. Pembabitannya di layar perak, antaranya menerusi filem Sifu & Tongga, Lu Pikirlah Sendiri De Movie, Bujang Terlajak, Uncle Usin, Romeo Kota dan Bo-Peng.

12. Dalam bidang pengacaraan, beberapa program kendaliannya seperti MeleTOP, Anugerah Industri Muzik ke-20, Anugerah MeleTOP Era, Anugerah Planet Muzik 2014, Festival Filem Malaysia ke-27 dan Gegar Vaganza.

13. Sebagai pengarah, setakat ini beliau sudah menggarap dua buah telefilem iaitu The Hantus dan Gostan.

14. Juga terbabit dalam bidang seni suara menerusi lagu-lagu seperti Lagu Untuk Bos, Dulu Aku Jutawan, Papa Kedana, Ok Lah! (ft Tegar) dan Pening.

15. Pemegang trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008, Tempat Ketiga Maharaja Lawak Mega 2014, Hos MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018, Pengacara Hiburan Terbaik di Asian Academy Creative Awards 2018 dan banyak lagi.

16. Pada sekitar 2009, beliau pernah dikaitkan mempunyai hubungan cinta dengan pelakon Irma Hasmie. Beliau bagaimanapun akhirnya menamatkan zaman bujang pada 30 September 2011 dengan Nazirah Ayub yang juga merupakan bekas pramugari AirAsia. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata berjantina perempuan iaitu Nayla Mikayla (kelahiran 2012), Leyla Medyna (lahir 2015) dan Mishall Imani (lahir 2019).

VIDEO:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Vanilla Daily

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.