“Baca Berita Ke Berpidato” Netizen Terhibur Lihat Sherry Alhadad Baca Berita

Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad berkongsi sepotong video sedang membaca berita untuk segmen Komuniti Awani ketika di studio Astro Awani.

Perkongsian itu dimuat naik hos Big Stage 2019 berkenaan menerusi sebuah entri di akaun Instagram (IG) miliknya buat tatapan umum.

Dalam video tersebut, Sherry membaca berita dengan menyelitkan sedikit unsur jenaka yang membuatkan ramai netizen terhibur.

“Kalau saya baca berita awak nak tengok tak?” tulis Sherry ringkas sebagai kapsyen.

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut Sherry terhibur melihat gelagatnya, ada juga yang bergurau mengatakan Sherry kelihatan seperti berpidato.

“Macam berpidato, suka tengok gelagat Sherry ni.

“Ni tengah baca berita ke berpidato, confuse sis, jangan lah kelakar sangat!

“Wajib! Tak sabar nak tengok,” tulis netizen.

 

View this post on Instagram

 

Kalau saya baca berita awak nak tengok tak? #komunitiawani

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Selain Sherry, Komuniti Awani juga telah menampilkan barisan selebriti popular seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Misha Omar, Wany Hasrita, Stacy, Sufian Suhaimi dan ramai lagi yang membawakan kisah-kisah menarik daripada komuniti.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @sherry_alhadad

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.