“Hitam Macam Hajarul Aswad..” Ibu Haneesya Hanee Mahu S4man Netizen Celvpar

Sekali lagi, nama Haneesya Hanee melonjak naik apabila dia telah merangkul anugerah ABPBH bagi kategori Artis Wanita Baru Popular 2019. Kemenangan Haneesya Hanee ini sudah pastinya mengejutkan ramai pihak, malah dirinya sendiri tidak jangka memenangi anugerah tersebut.

Sejak kebelakangan ini di laman Twitter, agak kecoh disebabkan oleh tindakan beberapa individu yang boleh dianggap agak bi4dap, kerana menyentuh hal sensitif mengenai Haneesya Hanee.

Sentuh sensasitiviti warna kulit…

Pada mula, Haneesya Hanee telah memuat naik screenshot berserta gambar individu yang telah merendah-rendahkan dirinya. Disebabkan itu, Haneesya sendiri telah menerima pelbagai komen dan pandangan mengenai penyataan individu terbabit.

Ada yang membangkang penyataan tersebut, malah terdapat juga yang menyokong sehinggakan meninggalkan komen yang keterlaluan.

She is so hitamthe Hajarul Aswad is jealous…”

Disebabkan pelbagai penyataan yang agak melampau diterima oleh dirinya, Haneesya Hanee dan ibunya telah membuat laporan polis terhadap dua individu yang disahkan melemparkan kata-kata yang tidak sepatutnya disentuh.

Individu-individu tersebut dikatakan telah merendah-rendahkan Haneesya dengan membandingkan warna kulitnya dengan cara yang agak kasar. Ibunya kelihatan kecewa dengan penyataan membandingkan warna kulit anaknya dengan Hajarul Aswad.

Jadikan pengajaran buat semua!

Jelas ibu kepada Haneesya ini, dia berikan masa selama dua minggu terdapat individu-individu tersebut melakukan pemohonan maaf kepada anaknya.

Ramai yang memuji tindakan ibu Haneesya kerana masih berikan masa dan peluang untuk dua individu tersebut meminta maaf.

Sepatutnya tak payah beri peluang pun…

Bagusnya Mak Haneesya…

Pemohonan maaf telah dibuat…

Dua individu tersebut kini dilihat telah menyatakan pemohonan maaf mereka melalui akaun Twitter masing-masing.

“Merendah diri mohon maaf secara terbuka…”

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya. Sebelum mengata orang secara terbuka, lebih baik fikir dulu kerana mungkin akan perkara tersebut akan berbalik semula kepada diri sendiri.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber: Haneesya Hanee.

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.