“Jangan Pula Bagi Alasan Bdoh Selepas Ini” Baby Shima Dedah Dan Ambil Tndakan Atas Remaja Yang Memberi Komen Tidak Sen0n0h

BUKAN kali pertama penyanyi Baby Shima menerima mesej atau komen berbaur lvcah daripada netizen di laman sosialnya.

Terbaharu, Shima, 25, memuat naik paparan skrin beberapa komen lucah dan sikap biadab seorang individu di fotonya.

Menurut Shima, dia berharap individu tersebut tidak memberi alasan kurang bijak selepas pihaknya mengambil tindakan undang-undang.

“Anda bukan orang pertama! Jangan pula bagi alasan bodoh selepas ini. Handphone kena hack.

 

View this post on Instagram

 

Anda bukan orang pertama !! Jangan pula bagi alasan bodoh lepas ni.. hp kena hack..Kalau sabun jatuh jangan ya😂😂 @nasrul_nazim.. rupanya masih ada yang tak sedar diri lagi rupanya!! tunggu tindakan selamjutnya 😊 terima kasih komen anda👍🏽 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588). Misalnya Seksyen 211 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588) antara lain menyatakan: (a) Tiada mana-mana orang yang menggunakan perkhidmatan aplikasi kandungan, boleh memberikan kandungan yang sumbang, lucah, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk mengacau, mendera, mengugut atau menggangu mana-mana orang lain. (b) Seseorang yang melanggar peruntukan di atas adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari atau sebahagian daripada sehari kesalahan diteruskan selepas pensabitan. @pdrmsia_official

A post shared by BABY SHIMA DAA3 BIGSTAGE (@babyshimaofficial) on

“Rupa-rupanya masih ada yang tak sedar diri lagi! Tunggu tindakan selanjutnya. Terima kasih komen anda,” tulis Shima di Instagramnya.

Rata-rata pengikutnya turut berang dan berharap dengan tindakan yang diambil Shima itu memberi pengajaran kepada netizen yang gemar melakukan perkara tidak senonoh.

“Saya sebagai rakyat Malaysia, adalah memang wajar orang macam tu diberi tindakan yang tegas bagi mengelakkan budaya membuli di laman sosial terus berluasa. Di manakah nilai moral dan adab ketimuran kita.

“Siapa pula budak ni. Cakap tak punya sopan santun bila kau tak suka tak payahlah nak cakap macam-macam yang tak ada guna. Bila kena buat laporan polis baru padan muka.

“Perangai kurang lebih dengan monyet. Buat laporan polis sajalah budak tu. Biar dia kena kurung dekat sangkar yang namanya lokap,” komen netizen.

Pada Disember tahun lalu, penyanyi lagu Pura-Pura Bujang ini pernah membuat laporan polis terhadap individu yang menghantar mesej lucah di Instagramnya.

Malah Shima mendedahkan dia pernah menerima foto lucah daripada seorang lelaki yang sudah berkahwin dan mempunyai anak.

Namun ketika itu dia hanya mengambil langkah menyekat akaun laman sosial individu dan sesiapa sahaja yang menghantar mesej seperti itu.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Instagram @babyshimaofficial

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.