“Ramai Puji Ag0ng,” Permaisuri Ketepikan Pr0tokol Naik Pesawat Angkut ke Kelantan

KUALA LUMPUR – Mengutamakan urusan untuk berangkat segera memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra yang mangkat semalam, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menaiki pesawat angkut Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) A400M ke Kelantan.

Al-Sultan Abdullah bersama Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat ke Kota Bharu bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Ismail Petra, ayahanda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Almarhum Sultan Ismail Petra, 69, m4ngka4t di Wad Diraja H0spital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu pada pukul 8.11 pagi semalam.

Menurut akaun Instagram Istana Negara, Seri Paduka berdua berkenan berangkat menggunakan pesawat angkut TUDM kerana pesawat kerajaan digunakan untuk tujuan rasmi yang lain.

AL Sultan Abdullah berkenan bergambar dengan kru penerbangan. FOTO Istana Negara.

Menurut akaun Instagram Istana Negara, Seri Paduka berdua berkenan berangkat menggunakan pesawat angkut TUDM kerana pesawat kerajaan digunakan untuk tujuan rasmi yang lain.

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah diiringi anakanda Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah; Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Diraja Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah serta pegawai-pegawai dan kakitangan Istana Negara.

Perkongsian di laman sosial itu turut memperlihatkan Al-Sultan Abdullah berkenan bergambar bersama kru penerbangan dan sebuah klip video yang merakam detik keberangkatan Seri Paduka dan rombongan.

Ia mendapat perhatian netizen dengan 7,341 ‘like’ setakat pukul 2 petang ini serta komen positif yang memuji tindakan Seri Paduka berdua yang sanggup menaiki pesawat angkut, sekali gus menyerlahkan keperibadian tinggi pasangan diraja itu. – Bernama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Kosmo Online

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.