“S0mbong Betul” Wartawan ‘Sensasikan’ Berita Kena Tegvr Dengan Dr Amalina, Netizen Tak Suka Cara Dia Balas

Kecoh di Twitter sejak beberapa hari lepas tentang isu seorang wartawan yang dikatakan begitu sombong di media sosial. Isu ini mendapat perhatian ramai kerana melibatkan Dr Amalina Che Bakri yang kurang senang dengan cara wartawan itu buat liputan tentang isu vape.

“Kenapa suka sensasikan cerita?”

Semua pun tahu, Dr Amalina sangat gemar berdiskusi dengan pengikutnya di Twitter. Kebiasaannya isu yang dibincangkan adalah membabitkan kesihatan dan bahaya tentang sesuatu produk terhadap nyawa seseorang.

Jadi, sebelum terjadi isu ini, Dr Amalina ada bincangkan tentang baha ya vape dan mengapa ianya mampu membunuh. Wartawan terbabit ada buat liputan tentang perbincangan itu namun menurut Dr Amalina, ianya disensasikan untuk menarik perhatian ramai.

Kenapa suka sensasikan cerita?”

“Sebelum menuduh, sila kaji bagi habis.”

Wartawan terbabit kemudian tampil beri penjelasan tapi menurut netizen cara dia balas tweet tu agak kurang ajar. Lebih-lebih di awal tweet yang berbunyi,

Dear Dr Amalina yang bijak.”

Kata mereka, ayat tu macam sarcastic dan wartawan tu perlu balas dengan cara yang lebih profesional walaupun dekat platform media sosial.

“Saya kecewa dengan cara awak balas.”

Dr Amalina kemudian menegur semula wartawan tu supaya pastikan fakta sesuatu cerita yang nak ditulis sahih. Bukan tu je, beliau juga mengaku rasa kecewa dengan cara wartawan terbabit membalas tweet beliau.

Mohon maaf

Tak sampai sehari, wartawan kemudian keluar kenyataan mohon maaf secara terbuka dekat Dr Amalina melalui Twitter dia.

“Dengan rasa rendah diri memohon maaf atas komen yang agak kasar sebelum ini.”

“Sombong betul cara minta maaf..”

Tapi, ramai netizen rasa macam ‘ikhlas ke minta maaf tu?’ atau sebab ‘kena marah dengan bos’. Masing-masing mengingatkan supaya semua orang berfikir dulu sebelum berkata apa-apa.

Apatah lagi kalau benda yang membabitkan kerja dan profesionalism, kenalah bercakap atau memberi komen dengan elok.

Dr Amalina sendiri ada berterima kasih dekat wartawan tu dan berharap agar golongan doktor dan media dapat bekerjasama untuk menambah ilmu pengetahuan masyarakat terhadap isu kesihatan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di @KLPRESS

Sumber : Lobak Merah

PERHATIAN: Pihak KL PRESS tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KL PRESS juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.